Apa jaminan FGVH untung di Bursa Malaysia
| Hazayani Zakaria, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) terus mempersoal pencapaian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Salahuddin berkata, selepas melihat rekod pelaburan FGVH di luar negara di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat lebih dari tiga syarikatnya di luar negara mengalami kerugian.
"Apa KPI penyenaraian? Kalau mengikut apa yang saya lihat di SMM, FGVH di India rugi RM7 juta, FGVH di Indonesia rugi RM3.9 juta, Kalimantan rugi RM6.2 juta.
"Kemudian saya melihat syarikat FGVH di Timur Tengah juga rugi RM7.69 bilion. Amerika Utara rugi RM27 milion," katanya dalam pencelahan sewaktu penggulungan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Naib Presiden PAS itu berkata, rekod tersebut menunjukkan tiada jaminan FGVH selamat untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Kalau semua pelaburan di luar negara rugi, dengan mengharapkan kumpulan itu tidak rugi, apa KPInya?
"Kalau semua pelaburan luar negara ini rugi apa jaminan apabila disenaraikan di Bursa Malaysia akan mendapat keuntungan?" soalnya.
Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mempertahankan pendiriannya bahawa pelaburan FGVH di luar negara memberikan keuntungan.
"Ada 42 syarikat FGVH yang untung. Yang Berhormat baru baca berapa tadi?" soalnya.

Katanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.
Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.
Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.
Turut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

























Welcome
contact person: Hj. Abu Bakar : 019-9255947 (fax : 09-5469905)












