Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, March 29, 2012

Apa jaminan FGVH untung di Bursa Malaysia

Apa jaminan FGVH untung di Bursa Malaysia

Hazayani Zakaria, 29 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) terus mempersoal pencapaian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.


Salahuddin berkata, selepas melihat rekod pelaburan FGVH di luar negara di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat lebih dari tiga syarikatnya di luar negara mengalami kerugian.


"Apa KPI penyenaraian? Kalau mengikut apa yang saya lihat di SMM, FGVH di India rugi RM7 juta, FGVH di Indonesia rugi RM3.9 juta, Kalimantan rugi RM6.2 juta.


"Kemudian saya melihat syarikat FGVH di Timur Tengah juga rugi RM7.69 bilion. Amerika Utara rugi RM27 milion," katanya dalam pencelahan sewaktu penggulungan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Naib Presiden PAS itu berkata, rekod tersebut menunjukkan tiada jaminan FGVH selamat untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.


"Kalau semua pelaburan di luar negara rugi, dengan mengharapkan kumpulan itu tidak rugi, apa KPInya?


"Kalau semua pelaburan luar negara ini rugi apa jaminan apabila disenaraikan di Bursa Malaysia akan mendapat keuntungan?" soalnya.


Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mempertahankan pendiriannya bahawa pelaburan FGVH di luar negara memberikan keuntungan.


"Ada 42 syarikat FGVH yang untung. Yang Berhormat baru baca berapa tadi?" soalnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl