Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Tuesday, November 15, 2011

49 peneroka tuntut Felda, Felda Technoplant bayar RM6.75 juta

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Seramai 49 peneroka dari tiga kawasan Felda Palong dekat Gemas hari ini memfailkan saman ke atas Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd menuntut hak bayaran lebihan hasil sawit melibatkan RM6.75 juta — kes terbaru dalam siri tuntutan dibawa oleh peneroka ke atas agensi rancangan tanah sejak kebelakangan ini.

Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini, plaintif menamakan Felda dan Felda Technoplant masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam writ saman mereka, peneroka-peneroka terbabit masing-masing menuntut bayaran lebihan hasil, selepas ditolak kos pengurusan RM900 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500, berjumlah RM150,000.00 setiap seorang.

Menurut kenyataan media dikeluarkan selepas writ saman difailkan, plaintif mendakwa defendan tidak membuat pembayaran yang berhak itu untuk satu tempoh selama lima tahun, sekali gus bercanggah dengan persetujuan kedua-dua pihak semasa program tanaman semula dilaksanakan.

Dalam tuntutan ke atas defendan pertama, plaintif mendakwa, berdasarkan fakta bahawa hasil sawit diperoleh oleh defendan pertama dari ladang plaintif adalah tinggi, ditambah pula harga sawit yang baik dan stabil tetapi Felda tidak pernah menyatakan dalam mana-mana penyata perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit sebenar yang diperoleh dan dikeluarkan dari ladang mereka.

“Plaintif menuntut penyata hasil daripada defendan pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintif sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan pada setiap suku tahun,” kata kenyataan itu.

Perjanjian itu dimeterai sekitar tahun 2000 sehingga 2003, di mana Felda akan melaksanakan program tanaman semula kawasan ladang plaintif bagi menggantikan pokok-pokok getah tua dengan kelapa sawit sepenuhnya.

Antara perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama adalah Felda akan menyediakan modal tanaman semula sawit pada kadar RM1,700 seekar yang dikira sebagai pinjaman kepada plaintif bagi menguruskan kerja-kerja penanaman semula ladang milik plaintif, yang akan bermula sebaik sahaja pokok getah telah habis ditebang.

“Plaintif mendakwa defendan pertama (Felda) telah menindas dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui apabila gagal membuat pembayaran lebihan hasil yang dianggarkan RM2,500 sebulan kepada plaintif yang telah mengakibatkan kerugian dan kehilangan serta tekanan kepada plaintif untuk tempoh lima tahun di bawah pentadiran dan pengurusan defendan pertama,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, tuntutan terhadap defendan kedua berdasarkan kegagalan untuk mengurus ladang-ladang milik plaintif dengan baik dan mengeluarkan hasil yang maksimun.

“Terdapat banyak ladang milik plaintif yang terbiar tanpa diurus dan diselenggara dengan baik oleh defendan kedua sedangkan setiap bulan terdapat jumlah kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang plaintif.

“Sebagai bukti tuntutan tersebut plaintif telah memohon untuk mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka dan ternyata bahawa hasil sawit yang diperoleh adalah sekitar lima hingga lapan tan setiap peneroka untuk sebulan dan pendapatan yang diperoleh juga sekitar RM4,000 hingga RM7,000 sebulan,” tambah kenyataan itu.

Selain itu jelas kenyataan tersebut, “sedangkan semasa defendan pertama menguruskan ladang mereka hanya sekali atau dua kali bayaran lebihan hasil dibuat bagi jumlah yang kecil untuk tempoh lima tahun hasil dikeluarkan.”

Kenyataan itu menambah, plaintif juga tidak lagi mampu untuk menyara hidup dengan wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan sekeluarga, yang nyata di bawah paras kemiskinan dengan kos hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan yang sepatutnya diterima dari ladang-ladang sawit milik plaintif sendiri adalah tinggi dalam bentuk lebihan hasil setelah ditolak kos dan wang sara hidup.

Lebihan hasil adalah hak plaintif dan sepatutnya dibayar setiap bulan, tetapi defendan pertama telah memungkiri perjanjian dengan tidak membayar apa-apa lebihan hasil malah menindas plaintif dengan hutang yang meningkat secara berterusan, jelas kenyataan itu.

Plaintif diwakili oleh peguam T Kumar dan Abdul Nasir Abdul Aziz.
read more...

Sunday, November 13, 2011

Langkah bawa Felda ke Bursa mirip ‘gali kubur’ peneroka - bekas pegawai Felcra

KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Bekas naib presiden kanan Felcra Dato' Haji Rameli bin Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.”

Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh.

Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan.

“Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.

“Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka.Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada. Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka,” katanya.

Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini.

Selain itu Rosli berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holding dilihat “menyegarkan semula” idea membawa Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lapan tahun lalu, namun gagal kerana ditentang warga Felda.

“Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan,” katanya.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl