Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Tuesday, April 19, 2011

Industri Sarang Burung Walet: Kenapa Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur Tidak Mencuba?

Burung Walet merupakan satu khazanah yang tidak ternilai harganya anugerah Allah kepada rakyat Malaysia.
Burung ini mampu memberikan hasil bernilai berpuluh malah beratus juta ringgit setahun.

Pada masa ini harga sarang burung walet ini tidak kurang RM5000 bagi setiap kilgram dipasaran tempatan. Difahamkan harga dipasaran Hong Kong atau China mencecah RM12,000 bagi setiap satu kilogram.

Oleh kerana industri ini menghasilkan pulangan yang amat lumayan, kita boleh lihat di merata-rata tempat dibangunkan bangunan khusus untuk burung ini membuat sarang.

Dalam bulan Februari lepas, penulis telah diajak oleh seorang rakan berbangsa Cina melawat sebuah bangunan sarang burung di satu kampung di Endau, Johor. Di kampung tersebut terdapat sebuah sawah padi yang luasnya lebih daripada satu ribu ekar, pada pengamatan penulis.

Daripada jalan Endau Mersing, masuk ke kawasan yang penulis maksudkan, terdapat 16 buah rumah sarang burung - setakat yang penulis nampak, semuanya dibina disekitar dan didalam sawah padi tersebut. Sekali pandang seolah-olah bagunan rumah flat dalam sawah!!!

Sementara itu di sekitar kiri kanan jalan Pekan Rompin, berpuluh buah rumah sarang burung walet boleh disaksikan. Malah di Nenasi, berhampiran jambatan semacam satu komplek rumah pangsa pula nampaknya bangunan sarang burung.

Malah di Kampung Pelak/Bunut iaitu kampung yang hampir dengan Felcra Sri Makmur terdapat tidak kurang dari enam buah bangunan sarang burung didirikan. Yang terbaru, ada 3 buah sedang dalam pembinaan dikiri kanan jalan di Kampung Bunut.

Pada masa ini satu buah bangunan sarang burung walet ini telah pun didirikan di Sungai Pinang iaitu di tepi jalan antara Felcra Sri Makmur ke Kampung Belimbing. Sarang burung ini adalah yang paling hampir dengan Felcra Sri makmur.

Industri sarang burung walet ini dimonopoli sepenuhnya oleh pengusaha Cina. Ini disebabkan kos pembinaannya sangat tinggi dimana satu-satu bangunan sarang burung ini biasanya dibuat tiga tingkat dengan menggunakan bangunan konkrit.

Walau bagaimana pun, seorang kenalan penulis yang bekerja di Jabatan Perhutanan ada membina sebuah sarang burung walet ini. Beliau mendapat pembiayaan daripada Bank Rakyat.

Oleh kerana industri ini memerlukan modal yang tinggi, tidak ramai individu Melayu yang mampu menyertainya. Bagaimana pun penulis berpendapat Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur mungkin berkemampuan mengorak langkah dalam industri ini.

Koperasi mempunyai kemudahan yang baik samada dari segi modal atau pun tapak. Dengan kerjasama Felcra, kop[erasi pasti boleh sahaja memilih mana-mana lokasi yang sesuai dalam ladang untuk membina bangunan ini, asalkan bekalan letrik boleh dibawa masuk.

Industri sarang burung walet ini amat mudah pengurusannya. Hanya peringkat pembinaan bangunan sahaja yang memerlukan kos dan tenaga pekerja. Sebaliknya setelah bangunan siap, hanya seorang pekerja sahaja diperlukan untuk beberapa buah bangunan.

Tidak perlu bayar cukai pendapatan, KWSP, Socso dan lain-lain birokrasi pentadbiran. Setiap bulan hanya bayar bill letrik dan hantar seorang pekerja untuk memungut sarang burung.

Oleh itu kenapa tidak pihak pengurusan Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur melihat industri ini sebagai satu sumber baru untuk diusahakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl