Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, April 11, 2011

Warga Felcra Sri Makmur Yang Pertama Belajar Di IPTA

Semenjak Felcra Sri Makmur di buka pada tahun 1970 hingga sekarang ini, telah ramai anak-anak peserta rancangan tanah ini yang berjaya belajar di pelbagai institusi pengajian tinggi awam atau pun swasta samada dalam negara atau pun diluar negara.

Ada beberapa keluarga yang mempunyai beberapa orang anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Keluarga seperti ini patut menjadi contoh kepada keluarga lain dalam memberi pelajaran kepada anak-anak mereka.

Antara keluarga yang berjaya mendidik anak-anak dengan jumlah melebihi dua atau tiga orang yang belajar di universiti ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Kadir, Ketua Kampung atau Tok Empat Felcra Sri Makmur. Ada diantara anak-anak beliau yang dihantar ke luar negara.

Satu Keluarga lagi yang berjaya mendidik anak-anak hingga lebih daripada seorang yang belajar di universiti ialah keluarga Allahyarham Abd manaf bin Kasim. Seorang daripada anak arwah pernah menuntut di Universiti Petronas.

Keluarga Allahyarham Muhamad bin Wahab juga berjaya menghantar dua orang anaknya ke universiti.

Jumlah sebenar anak-anak kampung Felcra Sri Makmur yang berjaya belajar hingga ke universiti tidaklah penulis ketahui.

Elok juga Tok Empat Tuan Haji Abu bakar selaku Ketua kampung Felcra Sri Makmur mengumpul maklumat mengenai anak-anak daripada kampung ini yang berjaya belajar di universiti serta merekodkan kerjaya mereka.

Mungkin pada suatu masa tertentu, semua mereka ini boleh dikumpulkan bagi tujuan-tujuan tertentu umpamanya memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah atau pun kepada belia-belia atau juga kepada ibu bapa sendiri mengikut kesesuaian program yang dirancang.

Mungkin tidak ramai yang tahu atau ingat siapakah pelajar pertama dari Kampung Felcra Sri Makmur yang berjaya memasuki universiti.

Mengikut ingatan penulis, pelajar pertama yang berjaya belajar di universiti daripada kampung ini ialah saudara Mohd Azri bin Hamzah daripada Peringkat Satu. Mohd Azri belajar di Universiti Pertanian Malaysia - (UPM) Serdang mengambil kursus Perniagaan Tani. Jika tidak salah ingatan penulis, beliau memasuki UPM pada sekitar tahun 1973 atau 1974.

Selepas grad, beliau bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang. Pada masa ini beliau berkhidmat dengan Biro Tata Negara sebagai pensyarah.

Sehingga tahun 2011 ini tidak diketahui berapa ramai anak-anak peserta Felcra Sri Makmur yang telah berjaya keperingkat ijazah sarjana dan Phd.

Jadi sekali lagi disarankan kepada Tok Empat supaya mengumpul malumat mereka ini dan diambil inisiatif bagi membolehkan semua mereka ini memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi kemajuan kampung ini.

Sekiranya ada 20 atau 30 anak-anak kampung ini yang lulus daripada universiti daripada pelbagai disiplin ilmu, alangkah bertuahnya jika ilmu mereka itu dimanafaatkan untuk kesejahteraan Kampung Felcra Sri Makmur.

Saya yakin, semua mereka ini pasti mempunyai rasa kasih sayang dan cintakan tanah tempat tmpah darah mereka dan bersedia untuk mencurahkan khidmat bakti mereka. Tinggalkan lagi belum ada pehak yang berusaha menggabungkan kepakaran mereka ini untuk dimanafaatkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl