FELCRA SERI MAKMUR – 5 April 2011 - Seramai 160 generasi kedua di sekitar kawasan ini bakal menerima rumah untuk generasi kedua seterusnya memberi sebuah kehidupan lebih selesa kepada mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, penyediaan 160 rumah di sini berada dalam proses perancangan dan pembinaan dan satu majlis taklimat sudah diadakan untuk memberi penerangan kepada semua peserta terbabit.
Menurutnya, pihak konsortium dan pemaju turut hadir untuk memberi penjelasan berkaitan selain menjawab segala pertanyaan daripada peserta berkenaan rumah yang bakal didiami mereka.
“Semua peserta sudah mendengar taklimat mengenai projek pembinaan perumahan ini dan mereka turut dikehendaki membuat pemilihan rumah yang ingin didiami selepas ia siap sepenuhnya nanti.
“Kawasan seluas kira-kira 25 hektar bakal dibangunkan dengan projek perumahan itu dengan anggaran kos keseluruhan bernilai RM18 juta termasuk kemudahan infrastruktur sebanyak RM12 juta dan rumah bernilai RM6 juta,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.
Hadir sama, Pegawai Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Persekutuan (Felcra) Seri Makmur Berhad, Nordin Hayon; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Makmur, Abu Bakar Kadir dan ketua peserta rumah generasi kedua.
Khairudin berkata, projek yang dijanjikan semasa pilihan raya sebelum ini cuba ditunaikan walaupun masih ada perbincangan yang perlu diselesaikan dengan semua peserta terbabit.
“Kita memerlukan kerjasama daripada semua peserta mengenai beberapa masalah untuk merealisasikan projek itu demi kesenangan generasi kedua pada masa akan datang.
“Saya berharap setiap peserta dapat memberi kerjasama terbaik untuk memastikan kehidupan mereka lebih tersusun dan memperoleh manfaat bagi semua pihak serta kebaikan generasi seterusnya,” katanya.
sumber: Sinar harian
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago