KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kira-kira 50 peserta daripada tiga Felcra di Perak memberi masa dua bulan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah dan tuntutan mereka.
Tempoh dua bulan itu bermula hari ini, selepas memorandum mengandungi tuntutan daripada peserta Felcra Changkat Lada, Seberang Perak dan Nasaruddin diserahkan kepada wakil rakyat PAS dan BN di Parlimen tengahari tadi.
Antara tuntutan utama mereka adalah mengenai pemberian saham yang tidak adil selain tanah yang belum diberikan lokasi yang jelas meskipun mereka sudah mempunyai geran selain pemberian rumah kepada generasi kedua peserta Felcra.
Rombongan tersebut diketuai Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Felcra yang dipengerusikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengadakan perjanjian bertulis mengenai perkara tersebut.
"Felcra perlu membuat perjanjian bertulis, perlu ada satu dokumentasi yang perlu dijelaskan sebagai satu perjanjian di antara kerajaan dan peserta Felcra.
Beliau turut bimbang sekiranya berlaku penyelewengan dalam Felcra sehingga menyebabkan peserta Felcra tidak mendapat saham dalam jumlah yang sepatutnya.
"Apa yang dikemukakan ini merupakan tuntutan hak peserta Felcra yang sekian lama berhadapan dengan kesamaran khususnya berkaitan pemberian saham satu ekar sawit. Mungkin ada penipuan timbangan buah dan sebagainya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sehubungan itu beliau mencadangkan satu siasatan dilakukan terhadap pengurusan Felcra.
"Mungkin ada unsur penyalahgunaan wang peserta Felcra dan ini memerlukan satu siasatan khusus.
"Kalau soal pemberian saham yang sudah sekian lama belum ada satu penjelasan,siasatan dan audit harus dibuat," katanya.
Siasatan juga katanya harus dilakukan terhadap kelambatan peserta Felcra mendapat pemilikan tanah walaupun mereka sudah membayar premium kepada pegawai tadbir daerah.
Sementara itu, Mazlan sebagai memberi respons kepada cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik untuk mereka mengadakan sesi dialog dan rundingan dengan Felcra berkata, perkara itu sudah lama dilakukan.
Namun tegasnya kerajaan tidak menunjukkan keseriusan untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan peserta.
"Kita sudah lama berdialog,berbincang tapi sejauh mana tindakan yang diambil kerajaan?
"Sampai sekarang Datuk Tajuddin gagal menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Beliau turut kesal dengan tindakan pihak polis yang cuba menghalang peserta Felcra daripada menyertai rombongan ke Parlimen pagi tadi.
"Seawal jam empat pagi tadi, polis sudah membuat gangguan. Menghalang peserta daripada menaiki bas, bertanya pelbagai soalan sehingga membantutkan hasrat mereka untuk datang.
"Sepatutnya kita ada 80 orang yang hadir ke Parlimen tapi sebahagian sudah takut untuk bersama-sama kita," katanya.
Sebelum itu mereka bertemu dan menyerahkan memorandum tersebut kepada Hassan untuk diambil tindakan.
Ulasan:
Beberapa perkara yang diutarakan diatas bukanlah kuasa mutlak pehak Felcra yang boleh memutuskannya sebaliknya ia adalah hak mutlak kerajaan negeri.
Contohnya ialah mengenai hakmilik tanah dan saham. Kuasa memberi tanah kepada rakyat berada ditangan kerajaan negeri. Felcra hanya mematuhi apa yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri.
Begitu juga dengan saham dimana ianya berkaitrapat dengan hakmilik tanah.
Walaubagaimana pun cadangan supaya dibuat perjanjian bertulis diantara peserta dengan Felcra adalah cadangan yang sepatutnya telah lama dilaksanakan.
Sepertimana peserta tanah milik terbiar yang dimajukan oleh Felcra ada mempunyai perjanjian yang khusus sebaliknya peserta yang dikategorikan sebagai penempatan di bawah GSA dan Projek Penyusunan Semula Kampung seperti contohnya Felcra Sri Makmur, Felcra Ssalong dan Rancangan Tanah Belia memang tidak mempunyai perjanjian khusus.
Kekaburan mengenai perjanjian ini boleh dilihat kepada Felcra Sri Makmur sendiri dimana bagi peserta Peringkat Satu dan Peserta Banjir, telah diperuntukkan satu lot tanah dusun seluar 0.75 ekar selain daripada lot ladang dan tapak rumah.
Malangnya bagi lot dusun ini, apabila diserahkan oleh peserta untuk dimajukan oleh Felcra, status hak peserta menjadi hilang dan segala hasil daripada lot dusun ini menjadi hakmilik Felcra. Manakala peserta yang tidak menyerahkan lot kepada Felcra, terus mempunyai hak menguruskan sendiri lot mereka.
Anehnya apabila ada peserta yang meninggal dunia, dalam proses warisnya membuat pembahagian harta pusaka, Felcra mengesahkan kepada Pegawai Pengurus Harta Pusaka Kecil bahawa peserta berkenaan ada memiliki lot dusun tersebut.
Tetapi lebih menghairankan, hasil daripada lot dusun tersebut tidak pernah diagihkan kepada pemilik.
Isu ini telah berlarutan sejak 30 tahun lepas. Pihak peserta telah beberapa kali mengajukan perkara ini kepada kerajaan negeri Pahang, malah kepada Perdana Menteri Najib sendiri sekurang-kurangnya dua kali, namun sehingga tahun 2011 ini ianya masih kabur walau pun baru-baru ini ada segelintir peserta dilapurkan telah dipilih menyertai lot dusun ini.
Pihak-pihak seperti JKK, Umno Cawangan dan JKKR perlu meneruskan desakan supaya isu pemilikan lot tanah dusun Felcra Sri makmur ini dapat diselesaikan sementara Datuk Sri Mohd Najib masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago