23 April 2011 - TEMERLOH - Felcra Berhad Kerdau menafikan borang kemasukan peserta baru di peringkat empat ladangnya telah habis diedarkan baru-baru ini.
Pengurus Gugusan Felcra Berhad Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, pihaknya tidak mengetahui borang yang telah diedarkan kerana belum lagi menerima arahan pihak atasan.
"Felcra baru sahaja membersihkan serta menanam sawit di ladang seluas 324 hektar sejak empat tahun lepas. Ia belum mengeluar hasil, bagaimana borang hendak dikeluarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengenai pengedaran secara meluas borang kemasukan peserta baru di ladang Felcra Gugusan Kerdau.
Yahaya berkata, berita tersebut tidak tepat serta penyebarannya bertujuan menjadikan orang ramai bimbang dan terkeliru sekali gus menjejaskan nama baik agensi tersebut.
Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan penyebaran khabar angin tersebut, sebaliknya menghubungi pengurusan Felcra negeri, wilayah atau rancangan untuk mendapat maklumat tepat.
Menurutnya, hanya pengurusan Felcra negeri dan pusat yang berhak membuat arahan untuk pengeluaran borang kerana ia bertanggungjawab mencetak dan mengedar borang terbabit.
Akmal the dysfunctional corporal, Adolph Akmal and UMNO the dysfunctional
party. Sontoloyo series 79
-
1. I am celebrating to see akmal in UMNO.2. In an earlier article, I said
it is profitable to have this mad dog remain in um.,..nooo 3 . With a joker
like ...
1 hour ago


Welcome
contact person: Hj. Abu Bakar : 019-9255947 (fax : 09-5469905)












