Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Saturday, April 23, 2011

FELCRA menyerahkan dividen RM920,000 kepada 60 peserta

JULAU: Dividen sejumlah RM920,000 telah diagihkan kepada 60 orang peserta FELCRA Berhad yang menyertai skim kelapa sawit Julau pada Majlis Agihan Dividen yang diadakan di Rumah Abang di Kerangan Rian dekat sini, pagi Selasa lalu, 13 April, 2011.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Paul Igai yang mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk William Mawan.

Secara purata setiap peserta akan menerima sebanyak RM15,000 bergantung kepada saiz pegangan tanah yang dimiliki masing-masing.

Utusan Borneo difahamkan, seorang peserta dari Julau telah mendapat RM134,000 iaitu jumlah dividen yang tertinggi di kawasan itu. Acara tersebut turut menyaksikan penyampaian bantuan kewangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan pelajar cemerlang.

Terdahulu, Pegawai Eksekutif FELCRA, Vincent Maja memberitahu dividen tersebut akan dibayar sebanyak empat kali setahun dan pada Jun ini kelak, para peserta dijangka akan menerima baki dividen iaitu bayaran yang ke-empat daripada akaun 2010.

“Ini merupakan durian runtuh kepada para peserta yang telah menerima dividen mereka,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Peter Howell, Pengurus Kawasan Sibu, Haman Yahya, ketua-ketua jabatan dan para penduduk Rumah Abang dan Rumah Entili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl