Oleh: NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
Tarikh: February 13, 2012
SEBERANG PERAK – Felcra Berhad nafi menggunakan wang peserta berjumlah RM9 juta untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan pada 18 Februari ini.
Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd Rahman berkata, dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tidak berasas serta mencetuskan kontroversi terutama kepada peserta-peserta agensi itu.
“Felcra ada dua divisyen iaitu perladangan dan syarikat Felcra yang menjalankan bisnes bagi menjana perolehan dan keuntungan. Dia (Mohamad Nizar) tidak faham tetapi cuba buat kontroversi.
“Program yang akan diadakan pada Sabtu ini tidak menggunakan satu sen pun duit peserta juga tidak menggunakan duit pembayar cukai untuk melaksanakan acara ini,” tegasnya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Perumahan Generasi Kedua di Felcra Changkat Lada di sini, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengulas dakwaan Ir Mohamad Nizar ketika berucap di hadapan pemimpin dan penyokong PR ketika memperingati sejarah hitam peralihan Kerajaan Negeri PR yang jatuh ke tangan BN pada 6 Februari lalu.
Najib dijadualkan hadir pada Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan, Sabtu ini di sini dengan kehadiran lebih 50,000 peserta Felcra seluruh negara.
sumber: sinarharian.com.my
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago