Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Wednesday, March 7, 2012

RM3.6 juta dividen diagih kepada peserta Felcra Sri Makmur

SERI MAKMUR – Sebanyak RM3.6 juta dividen saham diagihkan kepada semua peserta Felcra Seri Makmur Berhad untuk memastikan keuntungan dinikmati secara bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, penyampaian dividen itu adalah mengikut pecahan peserta di enam kawasan.

Menurutnya, jumlah dividen itu tidak sama, namun ia cukup memuaskan dan belum ditolak sebanyak 2.5 peratus jumlah zakat serta lima peratus tabung individu.

“Enam kawasan terbabit ialah Seri Makmur 1, 2, dan 3, Darat Belimbing, Mambang Seberang serta Seri Makmur Dusun dengan jumlah penerima seramai 643 orang.

“Setiap peserta menerima jumlah dividen berbeza di mana paling rendah sebanyak RM974.20 seorang, manakala paling tinggi RM11,885.71 seorang,” katanya pada Majlis Penyampaian Dividen Kedua 2011, di sini.

Seramai 351 peserta yang hadir turut menerima wang hadir mesyuarat sebanyak RM50 setiap seorang sebagai tanda penghargaan di atas komitmen mereka.

Hadir sama, Pengurus besar Felcra Pahang Berhad, Datuk Ghazali Abd Karim dan Pengurus Felcra Seri Makmur Berhad ,Nordin Haryon.

Khairudin berkata, setiap peserta perlu bersyukur di atas pemberian itu hasil ilham Allahyarham Tun Razak yang mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada suatu ketika dulu.

“Kita semua perlu sedar jasa beliau kepada orang Melayu di mana sekarang kita sedang menikmati hasil pengorbanan kerana sanggup meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah sehingga berjaya membina keluarga bahagia, harmoni dan sejahtera.

“Saya berharap setiap peserta dapat memanfaatkan wang itu, selain menunaikan tanggungjawab seperti mengeluarkan zakat untuk memastikan rezeki diperoleh mereka diberkati dan sentiasa berpanjangan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl