Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, January 28, 2011

JKKK Felcra Sri Makmur dan TUDM berganding bahu

28 Januari, 2011 - KAMPUNG SERI MAKMUR – Seramai 27 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berganding bahu bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengadakan gotong-royong membaik pulih rumah penduduk miskin di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, gotong-royong itu memberi peluang kepada mereka yang terbabit membantu masyarakat yang memerlukan.

Menurutnya, aktiviti itu turut membabitkan pembinaan rumah penduduk yang usang dan memerlukan ruang lebih selesa untuk meneruskan kehidupan.
“Kehadiran TUDM yang menyertai kerja amal ini amat dialu-alukan. Kami di sini amat berbangga dengan pembabitan mereka yang turut peka mengenai keadaan masyarakat sekeliling.

“Saya sebagai wakil rakyat bangga kerana anggota tentera bukan sahaja berkhidmat mempertahankan negara malahan menerapkan budaya masuk kampung untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui sewaktu program itu.

Hadir sama, Flight Sargent Alias Mat yang mengetuai operasi gotong-royong bersama JKKK Seri Makmur dan Pengerusi JKKK, Abu Bakar Kadir.

Khairudin turut menyertai gotong-royong bersama penduduk setempat itu dan ia dimulakan dengan mengikat bata rumah mereka yang terbabit.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada UMNO Bahagian Pekan yang menyumbang perbelanjaan membina rumah dan Yayasan Rahah yang turut menghulurkan bantuan.

Sementara itu, penerima bantuan, Minah Patinggi yang ditemui berkata, dia terharu di atas pemberian bantuan itu dan bersyukur kerana kesukaran hidupnya mendapat perhatian pihak berkenaan.

Menurutnya, dia meneruskan hidup dengan tabah kerana terpaksa menanggung sembilan anak sejak kehilangan suami beberapa tahun lalu.

“Saya merupakan mualaf sejak sembilan tahun lalu. Walaupun kehidupan sukar namun saya akan berusaha untuk meneruskan hidup terutama dalam membesarkan anak-anak,” katanya.
-sinat harian
read more...

Thursday, January 27, 2011

Homestay Felcra Sri Makmur

Hujung tahun 2010 yang lepas kita dapati pehak berkuasa berkenaan telah memasang papn tanda projek Homestay Felcra Sri Makmur di persimpangan Sri Jaya Lebuhraya Pantai Timur dan juga di Simpang Masuk ke Felcra Sri Makmur.

Ianya sebagai usaha untuk memperomosi projek berkenaan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Felcra Sri makmur merupakan landmark utama menuju ke Tasik Cini. Memang sewajarnya kemudahan untuk para pelancong disediakan.

Selain kemudahan homestay yang disertai oleh lebih 20 penduduk kampung, di Felcra Sri Makmur juga terdapat sebuah stesyen minyak yang dilengkapi dengan kemudahan mesin ATM yang disediakan oleh Bank Rakyat.

Di Felcra Sri Makmur juga terdapat sebuah pondok polis dan sebuah klinik desa untuk kemudaha orang ramai.

Namun demikian, terdapat satu kekurangan dimana projek homestay ini tidak terdapat dalam talian internet. Apabila dilayari internet untuk mendapat maklumat mengenai homestay Felcra Sri Makmur,hanya terdapat satu laman web yang hanya memaparkan seorang peserta iaitu Omar bin Kasim - nombor talipun +609-5468169/+6019-9100169.

Dizaman IT ini pengguna bergantung seratus peratus kepada internet untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak lagi rujuk kepada Yelloe Pages atau iklan di akhbar.

Berbeza dengan projek homestay Kampung Salong dimana beberapa laman web ada memuatkan maklumat mengenainya dengan hanya menaip keyword Kampung Salong, akan terpapar beberapa laman web yang menyediakan info mengenainya. Tidak kurang daripada 11 laman web yang memuatkan maklumat mengenai homestay Kampung Salong.

Saya mendapati logo homestay hanya dipamerkan di dinding rumah sahaja dengan harapan ada orang yang akan menyewa. Tindakan itu tidak berbaloi sama sekali kerana tidak ada orang luar yang tahu mengenainya.

Saya juga mendapati ada sebuah laman sosial facebook bernama Felcra Sri makmur tetapi tidak digunakan langsung untuk mempromosi projek homestay ini. Ia hanya digunakan untuk berborak sesama sendiri semata-mata. Sayang sekali laman sosial ini tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk pembangunan Kampung Felcra Sri Makmur. Ranking google pun sudah bagus.

Diharap anak-anak muda Felcra Sri Makmur hendaklah mengambil inisiatif membina laman web, blog atau facebook khusus untuk mempromosi projek homestay ini dengan memamaparkan senarai nama mereka-mereka yang menyediakan perkhidmatan ini serta aktiviti-aktiviti setempat untuk menarik pelancong menggunakan kemudahan homestay di kampung ini.
read more...

Sunday, January 9, 2011

Sekolah Kebangsaan Felcra Sri Makmur.

Sekolah Kebangsaan Felcra Sri Makmur dibuka mulai tahun 1973/1974. Guru Besar pertama yang bertugas bernama Chik gu Arifin.

Beliau dibantu oleh beberapa orang guru. Antara nama guru yang saya boleh ingat ialah Mohamad Daim berasal dari Kelantan, Jaafar daripada Felda New Zealand, Kamaludin bin Endol dari Kampug Belimbing dan Ustaz Muhamad dari kampung lamir Pekan,
Sekolah Kebangsaan Sri Makmur

Melainkan guru besar, Mohamad Daim dan Ustaz Mat lamir, yang lain-lain adalah guru sementara.

Tidak berapa lama kemudian seorang guru sementara lagi bertugas di sekolah itu.
Beliau ialah Siti Hajar binti Said, adik kepada Ngah Limah arwah Teh Lazam. Siti Hajar ini sebelum bertugas sebagai guru sementara adalah seorang kerani sementara di pejabat Felcra Sri makmur.

Pada masa itu rumah tidak disediakan untuk guru-guru. Mereka yang berasal dari luar Felcra Sri Makmur tinggal di rumah sewa.

Chik gu Arifin, sebagai guru besar mendapat ehsan pengurus Felcra, Encik Fauzan bin Haji Ali memberi kebenaran tinggal di kuaters Felcra. Manakala Muhamad Daim menyewa di rumah banjir bersama Chik gu Jaafar dan ustaz Mat Lamir.

darjah 6 Sekolah Kebangsaan Sri Makmur tahun 1993

Tidak berapa lama bertugas di Felcra Sri Makmur, ustaz Mat Lamir bertemu jodoh dengan anak Mat Dawi Kampung Salong. Jika tidak salah ingatan saya, bernama Maimun. Selepas seminggu menikahi anak Mat Dawi, beliau menikah seorang lagi.

Selepas berpisah kerana masing-masing bertugas ditempat lain, 30 tahun kemudian saya dapat bersua kembali dengan ustaz Mat Lamir semasa hadhir menziahari arwah Tok Mukim Keria yang meninggal dunia. Alhamdulillah kami masih saling kenal mengenali lagi walau pun berpuluh tahun bepisah.

Kali kedua bertemu pula di Pejabat tanah Daerah Pekan semasa masing-masing saya dan beliau membayar cukai tanah.
read more...

Friday, January 7, 2011

65 peneroka terima dua saham Felcra Sri Makmur

PULAU MANIS - Seramai 65 peserta dari Seri Makmur terpilih menyertai Felcra Dusun seluas kira-kira dua hektar yang diusahakan Felcra Seri Makmur Berhad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, ia merupakan satu penghargaan kepada mereka kerana terpilih untuk memiliki dua saham iaitu perladangan dan dusun.

Menurutnya, peluang keemasan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf hidup, sekali gus mengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan.

“Saya berharap pembayaran dividen yang akan dilakukan dalam bulan Januari ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh setiap peserta khususnya untuk menyara pendidikan anak masing-masing.

“Ia juga seharusnya menjadi pendorong kepada setiap peserta untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh dan cekal melaksanakan setiap pekerjaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sewaktu menghadiri majlis cukur jambul di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pulau Manis, Shaharuddin Ahmad.

Khairudin berkata, apa yang membanggakan, daripada jumlah peserta itu, 19 daripadanya merupakan masyarakat Orang Asli dan keadaan itu membuka ruang kepada mereka untuk terus maju.

“Saya berharap 104 orang lagi peserta yang telah diluluskan untuk menerima dua saham ini dalam mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, bersabar menanti giliran mereka pula.

“Saya juga berharap kepada 107 peserta selebihnya turut bersabar menunggu usaha yang dilakukan pihak Felcra menyediakan lot kawasan sedia ada untuk diusulkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan seramai 160 peserta generasi kedua kini sedang menunggu agihan tapak rumah dan rumah oleh pihak Felcra.

“Saya berharap mereka yang terlibat terus sabar menanti kerana Felcra memberi perhatian terhadap permohonan terbabit dan telah menyampaikan surat kepada Pegawai Daerah Pekan untuk pelantikan jawatankuasa bertindak sebagai penyelesaian masalah berkenaan.

“Setiap peserta diharap dapat menghargai usaha yang dilakukan Fel�cra bagi mengubah kehidupan mereka, termasuk peluang menikmati pembangunan dan kemodenan,” katanya.
read more...

Thursday, January 6, 2011

Harga Getah Melambung RM 14 Satu Kilo


Mulai Bulan Oktober 2010, harga getah telah meningkat naik hingga ke paras RM14.00 se kligram bagi standard SMR.

Kenaikan harga getah ini diharap dapat dimanafaat sepenuhnya oleh pekebun kecil bagi merebut peluang yang belum pernah diraih sebelum ini.


Walau bagaimana pun kenaikan harga ini juga mendorong aktiviti mencuri juga agak meningkat. Di kawasan Felcra Sri Makmur juga tidak terkecuali daripada gejala sosial ini.

Maklumat yang diperolehi melapurkan kegiatan mencuri getah buku/sekerap ini ada juga yang melibatkan segelintir penduduk kampung Felcra Sri Makmur sendiri selain daripada yang datang dari luar kawasan.

Difahamkan pasukan polis Felcra Sri Makmur sentiasa membuat rondaan bagi mencegah kegiatan mencuri getah buku/skrap ini dan difahamkan sentiasa mengawasi gerak geri beberapa individu yang menjadi suspek.

Diharap sepanjang tahun baru 2011 ini harga getah dapat disetabilkan dan berterusan naik hingga RM20 bagi stu kila SMR.
read more...

Mesyuarat Agong Peserta Felcra Sri Makmur Peringkat 3

Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Peserta Felcra Sri Makmur Peringkat 3 pada jam 9.00pagi - 12.30tghari 23hb Disember 2010. Esok Pada masa yang sama 24hb Disember 2010 akan berlangsung Mesyuarat Peserta Felcra Sri Makmur Peringkat 1&2.

Sedikit informa yang mungkin boleh membantu kepada yang memerlukan iaitu tentang Yayasan Rahah (PS/530565-M) yang diasaskan oleh Tun Hajjah Rahah Bonda kepada Perdana Menteri kita yang berpejabat di Komp Penyayang Tun Abdul Razak, Jln Rompin Lama, 26600 Pekan, Pahang Tel: 09-422 8050. Yayasan ini memberikan sedikit bantuan kewangan atau lain-lain kepada warga emas, miskin ,anak-anak yatim dan lain-lain yang memerlukan. Oleh yang demikian,perkara ini boleh disebarkan kepada warga kampung yang lain.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl