Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, January 7, 2011

65 peneroka terima dua saham Felcra Sri Makmur

PULAU MANIS - Seramai 65 peserta dari Seri Makmur terpilih menyertai Felcra Dusun seluas kira-kira dua hektar yang diusahakan Felcra Seri Makmur Berhad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, ia merupakan satu penghargaan kepada mereka kerana terpilih untuk memiliki dua saham iaitu perladangan dan dusun.

Menurutnya, peluang keemasan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf hidup, sekali gus mengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan.

“Saya berharap pembayaran dividen yang akan dilakukan dalam bulan Januari ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh setiap peserta khususnya untuk menyara pendidikan anak masing-masing.

“Ia juga seharusnya menjadi pendorong kepada setiap peserta untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh dan cekal melaksanakan setiap pekerjaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sewaktu menghadiri majlis cukur jambul di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pulau Manis, Shaharuddin Ahmad.

Khairudin berkata, apa yang membanggakan, daripada jumlah peserta itu, 19 daripadanya merupakan masyarakat Orang Asli dan keadaan itu membuka ruang kepada mereka untuk terus maju.

“Saya berharap 104 orang lagi peserta yang telah diluluskan untuk menerima dua saham ini dalam mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, bersabar menanti giliran mereka pula.

“Saya juga berharap kepada 107 peserta selebihnya turut bersabar menunggu usaha yang dilakukan pihak Felcra menyediakan lot kawasan sedia ada untuk diusulkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan seramai 160 peserta generasi kedua kini sedang menunggu agihan tapak rumah dan rumah oleh pihak Felcra.

“Saya berharap mereka yang terlibat terus sabar menanti kerana Felcra memberi perhatian terhadap permohonan terbabit dan telah menyampaikan surat kepada Pegawai Daerah Pekan untuk pelantikan jawatankuasa bertindak sebagai penyelesaian masalah berkenaan.

“Setiap peserta diharap dapat menghargai usaha yang dilakukan Fel�cra bagi mengubah kehidupan mereka, termasuk peluang menikmati pembangunan dan kemodenan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl