Sekolah Kebangsaan Felcra Sri Makmur dibuka mulai tahun 1973/1974. Guru Besar pertama yang bertugas bernama Chik gu Arifin.
Beliau dibantu oleh beberapa orang guru. Antara nama guru yang saya boleh ingat ialah Mohamad Daim berasal dari Kelantan, Jaafar daripada Felda New Zealand, Kamaludin bin Endol dari Kampug Belimbing dan Ustaz Muhamad dari kampung lamir Pekan,
Melainkan guru besar, Mohamad Daim dan Ustaz Mat lamir, yang lain-lain adalah guru sementara.
Tidak berapa lama kemudian seorang guru sementara lagi bertugas di sekolah itu.
Beliau ialah Siti Hajar binti Said, adik kepada Ngah Limah arwah Teh Lazam. Siti Hajar ini sebelum bertugas sebagai guru sementara adalah seorang kerani sementara di pejabat Felcra Sri makmur.
Pada masa itu rumah tidak disediakan untuk guru-guru. Mereka yang berasal dari luar Felcra Sri Makmur tinggal di rumah sewa.
Chik gu Arifin, sebagai guru besar mendapat ehsan pengurus Felcra, Encik Fauzan bin Haji Ali memberi kebenaran tinggal di kuaters Felcra. Manakala Muhamad Daim menyewa di rumah banjir bersama Chik gu Jaafar dan ustaz Mat Lamir.
Tidak berapa lama bertugas di Felcra Sri Makmur, ustaz Mat Lamir bertemu jodoh dengan anak Mat Dawi Kampung Salong. Jika tidak salah ingatan saya, bernama Maimun. Selepas seminggu menikahi anak Mat Dawi, beliau menikah seorang lagi.
Selepas berpisah kerana masing-masing bertugas ditempat lain, 30 tahun kemudian saya dapat bersua kembali dengan ustaz Mat Lamir semasa hadhir menziahari arwah Tok Mukim Keria yang meninggal dunia. Alhamdulillah kami masih saling kenal mengenali lagi walau pun berpuluh tahun bepisah.
Kali kedua bertemu pula di Pejabat tanah Daerah Pekan semasa masing-masing saya dan beliau membayar cukai tanah.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago