Hujung tahun 2010 yang lepas kita dapati pehak berkuasa berkenaan telah memasang papn tanda projek Homestay Felcra Sri Makmur di persimpangan Sri Jaya Lebuhraya Pantai Timur dan juga di Simpang Masuk ke Felcra Sri Makmur.
Ianya sebagai usaha untuk memperomosi projek berkenaan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Felcra Sri makmur merupakan landmark utama menuju ke Tasik Cini. Memang sewajarnya kemudahan untuk para pelancong disediakan.
Selain kemudahan homestay yang disertai oleh lebih 20 penduduk kampung, di Felcra Sri Makmur juga terdapat sebuah stesyen minyak yang dilengkapi dengan kemudahan mesin ATM yang disediakan oleh Bank Rakyat.
Di Felcra Sri Makmur juga terdapat sebuah pondok polis dan sebuah klinik desa untuk kemudaha orang ramai.
Namun demikian, terdapat satu kekurangan dimana projek homestay ini tidak terdapat dalam talian internet. Apabila dilayari internet untuk mendapat maklumat mengenai homestay Felcra Sri Makmur,hanya terdapat satu laman web yang hanya memaparkan seorang peserta iaitu Omar bin Kasim - nombor talipun +609-5468169/+6019-9100169.
Dizaman IT ini pengguna bergantung seratus peratus kepada internet untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak lagi rujuk kepada Yelloe Pages atau iklan di akhbar.
Berbeza dengan projek homestay Kampung Salong dimana beberapa laman web ada memuatkan maklumat mengenainya dengan hanya menaip keyword Kampung Salong, akan terpapar beberapa laman web yang menyediakan info mengenainya. Tidak kurang daripada 11 laman web yang memuatkan maklumat mengenai homestay Kampung Salong.
Saya mendapati logo homestay hanya dipamerkan di dinding rumah sahaja dengan harapan ada orang yang akan menyewa. Tindakan itu tidak berbaloi sama sekali kerana tidak ada orang luar yang tahu mengenainya.
Saya juga mendapati ada sebuah laman sosial facebook bernama Felcra Sri makmur tetapi tidak digunakan langsung untuk mempromosi projek homestay ini. Ia hanya digunakan untuk berborak sesama sendiri semata-mata. Sayang sekali laman sosial ini tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk pembangunan Kampung Felcra Sri Makmur. Ranking google pun sudah bagus.
Diharap anak-anak muda Felcra Sri Makmur hendaklah mengambil inisiatif membina laman web, blog atau facebook khusus untuk mempromosi projek homestay ini dengan memamaparkan senarai nama mereka-mereka yang menyediakan perkhidmatan ini serta aktiviti-aktiviti setempat untuk menarik pelancong menggunakan kemudahan homestay di kampung ini.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago