Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Saturday, July 28, 2012

Generasi ke-2 Felcra Bukit Kapah Dapat Habuan

FELCRA BUKIT KAPAH, HULU TERENGGANU -Generasi kedua Felcra Bukit Kapah kini tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas kira-kira 40 hektar, di sini, sebagai kawasan penempatan golongan berkenaan bagi mengelakkan mereka berhijrah ke tempat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kelulusan itu juga sebagai langkah perancangan awal supaya tidak timbul masalah penempatan buat generasi kedua di kawasan Felcra itu pada masa hadapan.

“Senario generasi kedua sama ada di felcra atau felda yang  berhijrah keluar kerana mereka terpaksa berbuat demikian memandangkan tiada tempat khusus untuk golongan ini mendirikan rumah sebagai penempatan.

“Sebagai perancangan awal untuk memastikan generasi kedua di sini tidak berhijrah ke tempat lain adalah dengan menyediakan kawasan penempatan kepada mereka," katanya.

Menurut Ahmad, mereka perlu kekal tinggal di felcra dan mengusahakan tanah keluarga selain memastikan kemudahan infrastruktur disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Yang Dimajukan oleh Felcra Daerah Hulu Terengganu, di sini, kelmarin melibatkan seramai 653 penerima daripada lapan kelompok Felcra.

Hadir sama, Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra, Mohd Fauzi Mohd Tahir mewakili  Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Sementara itu, Rozi yang juga Adun Telemong  berkata, peruntu-kan tanah untuk penempatan generasi kedua Felcra sesuatu yang cukup baik dan tepat bagi memastikan golongan berkenaan terus kekal di situ.

“Sebenarnya, kita turut belajar daripada para peserta yang tinggal di felda apabila generasi kedua mereka berhijrah ke tempat lain kerana tiada kawasan penempatan untuk mereka. Lantaran itulah, pentingnya kita merancang dari sekarang untuk generasi kedua di sini.

“Kalau kita tidak merancang dari sekarang, pasti akan timbul masalah penempatan untuk golongan ini yang jumlahnya kini menjangkau hampir 300 orang, tambahan pula di sini masih terdapat banyak tanah kosong yang belum diusahakan," katanya.

Bagamanapun katanya, Kerajaan Negeri masih belum mengenal pasti kawasan terlibat dan hal berkenaan akan diuruskan Felcra sedikit masa lagi.

Ulasan: Sebab kepentingan generasi kedua itulah tindakan Isa samad memajak tanah-tanah kosong dalam Felda kepada FGHV ditentang keras. 

Macam mana generasi kedua Felda nak bina rumah kerana semua tanah kosong telah pun berpindah tangan.

Jangan pula nanti ada tangan-tangan hitam dalam Felcra  yang mengikuti langkah Isa Samad itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl