KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Penerokamemohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB).
Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing.
"Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi.
Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya.
Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.
Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
[Ramai peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman "durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia bukanlah durian runtuh jika itu caranya.
Durian runtuh mesti jatuh sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Lantaran itulah ramai yang mula sedar mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar diri ketika berbuat demikian.
Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan failkan injuksi berkenaan selepas ini].