Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian “durian runtuh” dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin.
Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.
Kita yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak dikongsikan oleh MS ini.
Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini. Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.
Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita dengan kita semua dan mengirimkan cerita itu kepada saya – blog MT.
Assalamualaikum tuan MSO…
Sekadar berkongsi cerita…
Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB.
Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini.
Pada 21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya. Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa?
Dan dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut.
Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui maybank. Saya seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya?
Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga.
Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci.
P
ada 30/04/2012, saya telah membuat panggilan telefon ke pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut.
Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :
i. Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank
ii. Tiada had pinjaman
iii. Tidak perlu penjamin
iv. Tidak perlu sebarang cagaran
v. Hanya bayar jumlah pinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak maybank
vi. Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengan kebajikan peneroka sahaja.
vii. Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda)
viii. Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik)
ix. Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari atasan felda.
x. Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang FVGHB tersebut.
Persoalannya yang timbul di sini ialah :
i. Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa
ii. Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi 65 tahun
iii. Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi pinjaman membeli saham.
iv. Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka
v. Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan saya agar pihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokan yang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan UBN umumnya. Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak menyuarakannya.
Sekian terima kasih.
Anak peneroka
Papar, Sabah.
sumber: MSOMelayu
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
10 hours ago