Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Saturday, August 13, 2011

Layanan Kasar Pegawai Imigresyen Kuantan Kepada PATI

KUANTAN, 10 Ogos 2011 - Tindakan sebilangan Pegawai Imigresen Pahang mengherdik dan melontarkan kata-kata biadap terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang datang ke pejabat itu untuk mendaftar diri dalam program pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) amatlah dikesali. Mereka bukan sahaja bercakap kasar dan sombong, malah turut melayan PATI yang hadir ke pejabat tersebut seperti "binatang". Perkara ini dimaklumkan oleh orang ramai yang sempat menyaksikan kejadian tersebut baru-baru ini. Mereka terkejut kerana ada pegawai berkenaan yang bertindak diluar batasan, termasuk terjerit-jerit dan melontarkan kata-kata kesat terhadap PATI yang sedang beratur panjang untuk mendaftar. Bukan itu saja, malahan ada juga maklumat mengatakan seorang PATI warga Bangladesh telah dihentak dengan objek keras (telefon) di kepalanya gara-gara jari berpeluh semasa pendaftaran biometrik. Semuanya akibat tidak tahan melayan kerenah mereka ketika berurusan dengan pihak berkenaan. Ramai saksi mendedahkan dan melihat dengan jelas perkara ini. Mereka amat kecewa dengan apa yang berlaku. Malah ada yang hairan kenapa pegawai berkenaan boleh berkelakuan seperti itu di bulan Ramadan ketika mereka sendiri sedang menjalani ibadah puasa. Sepatutnya mereka lebih berhemah pada bulan yang mulia ini. Tetapi, senario yang telah berlaku adalah sebaliknya pula.


Kehadiran PATI yang ramai hingga ke luar pos pengawal Pejabat Imigresen



Inilah dia wajah salah seorang pegawai Imigresen yang dilaporkan biadap itu


Kehadiran PATI yang ramai bukanlah lesen untuk mereka berlaku biadap
Menurut seorang saksi yang membawa beberapa orang PATI mendaftar dalam program itu berkata sikap pegawai berkenaan tidak ubah seperti melayan hamba abdi. "Mereka sesuka hati memarahi PATI dengan kata-kata kesat. Bukan itu saja malahan ada juga yang tergamak cuba memukul mana-mana PATI yang cuba melawan atau menjawab", katanya. "Saya lihat sendiri didepan mata bagaimana beberapa orang PATI terpaksa menungguh begitu lama semata-mata untuk mendaftar. Ada sebilangan mereka datang sejak awal pagi dengan membawa bersama anak-anak kecil, tetapi sehingga jam 2.00 petang nama mereka masih belum dipanggil. Sedangkan pegawai terbabit memberi ruang sebebasnya untuk memanggil nama-nama majikan yang membawa parti masing-masing. Biar pun kita tahu mereka menyediakan kaunter yang berbeza di dalam pejabat berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya berilah ruang dan keutamaan kepada orang-orang tua yang uzur terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak kecil", tambahnya lagi.


sumber: pahangdaily.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl