Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Wednesday, August 10, 2011

Kepemimpinan Pemimpin

Sebelum beradu, penulis buka kotak email dan medapati satu email yang dikirim oleh penjenguk blog ini. Beliau adalah merupakan seorang anak watan Felcra Sri Makmur, yang ingin meluahkan pandangan beliau terhadap satu aspek kemasyarakatan di kampung beliau sendiri.

Penulis turunkan semua sekali tulisan beliau tanpa sebarang edit untuk sama-sama kita fikirkan.

Kepemimpinan Pemimpin

Kepimpinan adalah kunci keharmonian sesebuah masyarakat. Sebagaimana Negara dan Negeri, kampung juga memerlukan seorang pemimpin yang baik untuk memakmurkan masyarakat. Bukan niat untuk mengatakan pemimpin kampung ini tidak baik cuma sekadar berkongsi pandangan tentang maksud sebenar kepemimpinan yang diperlukan sebagai seorang ketua.

Setiap manusia adalah pemimpin dan setiap kita dilahirkan untuk memimpin apa yang telah diamanahkan kepada kita. Paling kurang pun, memimpin keluarga atau pun diri sendiri. Perkara ini memang tidak boleh dipersoalkan lagi cuma caranya mungkin berbeza diantara satu sama lain. Ada yang hanya diketahui bakat kepimpinanya selepas diberikan tanggung jawab dan ada yang sudah menonjol sebelumnya. Ketua masyarakat mempunyai tanggung jawab yang amat besar untuk menyatukan penduduk yang berlainan pandangan dan pendapat walaupun sesama kaum. Semestinya ketua mestilah adil dan tidak menyebelahi mana pihak terang terangan secara peribadi.

Saya menulis untuk mempersoalkan tentang seorang ketua kampung yang mempunyai jawatan yang banyak dalam satu masa dan bergerak aktif dalam politik. Kita sedia maklum bahawa ketua kampung adalah bertangung jawab keatas masyarakat yang ada di kawasan beliau tanpa mengira apa latar belakangnya. Oleh itu, adalah kurang sesuai jika ketua kampung melibatkan diri dalam politik. Kenapa mesti ada pertindihan? Tiada orang lain yang lebih layak atau tidak diberi peluang? Apa pandangan orang lain yang bukan dari parti yang sama tentang hal ini? Pasti ada sedikit jurang walaupun seadil mana pun pemimpin tersebut. Kenapa tidak boleh jawatan ketua kampung ini dijadikan seperti Institusi Raja yang tidak mencapuri politik dan memihak kepada mana-mana parti politik. Pasti masyarakat akan lebih harmoni.

Tidak perlu mempunyai banyak jawatan jika tidak mampu memikul kesemuanya kerana setiap jawatan itu ada amanah yang akan dipersoalkan nanti. Sepatutnya, lebih ramai pemimpin lebik baik disamping lebih fokus dalam menjalankan tanggung jawab. Pemimpin perlu ada sikap `empowerment’ dan bukan `monopoly’. Setiap pemimpin perlu memikirkan dan melatih seberapa ramai bakal pemimpin masa depan untuk memajukan masyarakat. Beri peluang kepada yang layak menonjolkan diri untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dimasa depan. Bukan mengawal semua jawatan untuk kepentingan peribadi. Setiap jawatan mempunyai tujuan dan halatuju masing-masing tetapi matlamatnya tetap sama. Kita perlukan ramai pemimpin yang berlainan pandangan asalkan dapat menyelesaikan masalah. Pasti ada yang layak jika diberi peluang, malah mungkin lebih baik dari apa yang dibuat oleh pemimpin sebelumnya.

Terlalu banyak masalah lapuk yang patut di fikirkan oleh seorang ketua kampung itu sendi ri seperti masalah penagihan dadah dan keselamatan kampung. Jika terlalu banyak perkara yang membebankan seorang ketua maka mungkin ada yang terlepas pandang atau diambil mudah. Bagaimana kita hendak mendengar idea baru jika semua jawatan dalam masyarakat dipegangn oleh orang yang sama? Sepatutnya, libatkan lebih ramai pemikir untuk mengatasi sesuatu masalah terutama dengan melibatkan golongan yang paling hampir dengan permasalahan tersebut. Beri peluang mereka mengawal segala aktiviti mereka selagi tidak menyimpang daripada batas yang telah ditetapkan. Jika terlalu banyak kekangan maka akan timbul ketidakpuasan hati dan terbentuk jurang diantara pemimpin dan masyarakat.

Sekian.

Nota:

Sila beri pendapat anda dalam ruangan komen dibawah - admin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl