58 peserta Felcra Gugusan Lubuk Sireh menang rayuan kes
Written by Bashir Ishak - 1 Februari 2008
Rayuan kes ini difaikan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kangar pada 28 Oktober 2005 menolak saman yang dikemukakan oleh peneroka yang digugurkan daripada menjadi peserta Felcra serta ahli koperasi Peserta-peserta Felcra Lubuk Sireh, Perlis Berhad pada tahun 1999.
Pada masa itu, kes yang telah dibicarakan selama beberapa tahun ini telah diputuskan oleh hakim Dato' Hassan Lah ditolak dengan kos kerana pihak plaintif gagal membuktikan bahawa kes ini mempunya prima facie.
Bagaimanapun plaintif menerusi peguam Thayalan Muniandy telah memfailkan rayuan dan kes ini dan didengar di hadapan Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Dato' Abdul Malek Hj Ishak dan Dato' Md Raus Shaari pada 20 dan 21 Ogos tahun lalu.
Thayalan dan peguam Felcra telah mengemukakan hujah-hujah masing masing.
Bagaimanapun, keputusan yang dijangkakan diumumkan pada 25 Oktober tahun lalu ditunda kerana Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perlis memohon mengemukakan hujahnya semula pada 28 Oktober.
Fakta Kes
Pada tahun 1987 seramai 393 orang telah diterima sebagai peserta Felcra di mana majoritinya adalah penduduk yang dipindahkan dari kawasan yang terlibat dengan pembinaan ampangan Timah Tassoh.
Kerajaan telah menggantikan tanah yang diambil untuk projek tersebut dengan membuka sebuah kawasan baru untuk dijadikan tanah rancangan Felcra Gugusan Lubuk Sireh.
Sejak itu, pihak yang menuntut telahpun melibatkan diri dengan aktif dengan Felcra dan Koperasi Felcra tersebut termasuk menandatangani surat perjanjian sebagai peserta.
Setelah lebih sepuluh tahun diterima sebagai peserta, pada tahun 1999, seramai lebih seratus orang peneroka Felcra Lubuk Sireh yang mendakwa telah dizalimi atas alasan politik dengan penafian hak mereka sebagai ahli koperasi dan peserta Felcra tersebut.
Ketika pergolakan politik tanah air sedang memuncak terutamanya selepas kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sokongan terhadap Barisan Alternatif semakin kuat, kumpulan ini telah menerima surat dari pihak pengurusan Felcra menyatakan mereka telah digugurkan daripada menjadi peserta dan ahli koperasi.
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, mereka telah mencabar keputusan Felcra dan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perlis di mahkamah.
Bagaimanapun sehingga hari ini hanya 58 orang peserta yang masih tinggal menuntut hak mereka memandangkan sebahagian darpada mereka telah menarik diri.
Keputusan Rayuan Kes
Pada pagi ini, keputusan rayuan kes dinantikan dengan penuh debaran oleh lebih 30 orang peserta dan ahli keluarga yang hadir memenuhi Bilik Bicara 2 Mahkamah Rayuan.
Keputusan yang dibacakan oleh Datin Paduka Zaleha Zahari menyatakan bahawa pihak mahkamah menolak semua keterangan yang dikemukan oleh pihak Felcra dan menerima semua keterangan kes oleh pihak plaintif seperti yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kangar.
Dengan itu, mahkamah rayuan hari ini mengeluarkan Perintah Deklarasi di mana pihak yang menuntut berhak mendapat hak mereka iaitu 10 relung (lebih kurang 7 ekar) tanah seperti asalnya.
Begitu juga, mahkamah memutuskan dari tarikh mereka disingkirkan sebagi peserta, mereka berhak menerima semua faedah yang diperolehi oleh peserta Felcra yang lain termasuk dividen daripada pihak koperasi Felcra tersebut.
Pihak yang menuntut juga diputuskan mendapat ganti rugi dengan ditaksirkan oleh pihak Pendaftar Mahkamah di Kangar dengan kadar faedah sebanyak 8 peratus.
Keputusan rayuan kes yang dibacakan hari ini disambut dengan takbir dan rasa gembira bercampur sebak oleh para peserta yang hadir. - mns
sumber: harakahdaily
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago