Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, August 8, 2011

Felcra jaga kebajikan peserta

KUALA NERANG - Felcra berhad sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebajikan setiap pesertanya daripada pelbagai sudut termasuk pembangunan sosial, pendidikan, agama termasuk penyediaan penempatan yang sesuai.

Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad, Datuk Ghazali Ibrahim berkata, di Felcra Bukit Tampoi sahaja pelbagai kemudahan disediakan dan terbaru sebanyak 91 rumah baru untuk peserta sedang dibina.

Menurutnya, pembinaan rumah berkenaan membabitkan kos kira-kira RM4.2 juta dan dijangkakan boleh diduduki peserta pada Jun ini.

“Selain 91 rumah penempatan yang masih lagi dalam pembinaan, Felcra Bukit Tampoi juga bertuah kerana mendapat peruntukan untuk membina masjid bernilai sekitar RM3.8 juta sebelum ini dan sudah siap serta digunakan penduduk.

“Tidak semua penempatan Felcra akan mendapat sebuah masjid seperti yang diperoleh Felcra Bukit Tampoi dan dengan adanya tempat ibadah seperti ini pelbagai aktiviti agama boleh dilakukan untuk komuniti Felcra dan juga masyarakat setempat,” katanya semasa hadir di Majlis Penyerahan Zakat Pendapatan Hasil Ladang Peserta-Peserta Projek Tanah Terbiar Kawasan Felcra Berhad Bukit Tampoi, di sini.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Utara, Zulkifli Sidik; Pengurus Kawasan Felcra Berhad Bukit Tampoi, Mohd Hardi Malik dan Pegawai Zakat Daerah Padang Terap, Khadari Shaari.

Kira-kira 96 peserta menyerahkan zakat sebanyak RM14,109.

Ghazali berkata, pihaknya sentiasa menerima pelbagai cadangan daripada peserta Felcra dan ia sentiasa dipertimbangkan walaupun kesemuanya belum tentu dapat diluluskan dalam masa terdekat.

Tambahnya, kawasan Felcra Berhad Bukit Tampoi juga bertuah kerana mendapat dewan orang ramai yang selesa berkos kira-kira RM200,000.

“Felcra Berhad sentiasa cuba membantu meningkatkan kebajikan peserta dan ia menjadi tanggungjawab kami dan pada masa sama peserta juga perlu menitikberatkan aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka kerana pendidikan mampu mengubah masa depan mereka sekeluarga kelak,” kata Ghazali.
sumber: sinarharian.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl