Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, August 8, 2011

Felcra kesal peserta jual tapak rumah

Pengerusi Felcra Berhad Tajuddin Abdul Rahman hari ini meluahkan rasa kesal kerana ada segelintir peserta tanah rancangan Felcra menjual tanah tapak rumah bagi mendapat keuntungan segera.

“Kegiatan tidak beretika ini dilakukan oleh mereka yang terdesak untuk mendapat wang segera,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan geran hak milik untuk 248 peserta Rancangan Felcra Seberang Perak di sini.

Beliau berkata pengurusan Felcra telah diminta memantau isu berkenaan dan mengambil tindakan tegas termasuk mengambil semula tanah itu dan diberikan kepada peserta lain yang layak.

“Ada peserta yang terpedaya dengan pujukan pihak tertentu menjual tapak rumah yang merugikan diri mereka sendiri,” katanya.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata di Felcra Seberang Perak sahaja, sebanyak 1,300 peserta telah mendapat geran hak milik tapak rumah yang didiami oleh mereka sejak 30 tahun lalu.

Sebanyak 1,500 lot tapak rumah lagi sedang disediakan untuk generasi kedua yang membabitkan kawasan seluas 160 hektar, katanya.
- Bernama

Ulasan:

Pehak pengurusan Felcra perlu melihat masaalah penyelesaian hakmilik tanah peserta Felcra ini khususnya hakmilik lot kediaman secara keseluruhan bagi rancangan felcra seleruh negara yang melibatkan penempatan seperti di:

Felcra Seberang Perak
Felcra Nasarudin Belia
Felcra Bukit Kapah
Felcra Kruak
Felcra Sri Bandi
Felcra Sri Makmur
Felcra Sungai Ara

Semua rancangan tanah ini sama usia dengan rancangan tanah Felda yang mana peneroka Felda telah pun mendapat geran hakmilik tapak rumah dan ladang masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl