Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, April 29, 2011

Bijih Besi Ditemui Di Felcra Sri Makmur?

Minggu lepas penulis berada di Felcra Sri Makmur atas sedikit urusan. Sambil berbual dengan dua orang ahli keluarga, penulis dimaklumkan bahawa satu penemuan baru telah berlaku di Falcra Sri Makmur.

Bahan yang ditemui itu ialah bijih besi!

Penulis difahamkan bahan galian itu telah ditemui oleh empat orang penduduk kampung, di kawasan sekitar padang ragut Felcra Sri makmur.

Khabarnya keempat-empat penduduk ini telah pun berurusan dengan pehak yang ingin mengusahakan kawasan ini sebagai lombong bijih besi.

Dimaklumkan juga keempat-empat mereka ini telah pun menerima habuan RM25,000.00 setiap seorang daripada bakal pengusaha tersebut.

Namun khabar yang tersebar, tiga orang daripada mereka hanya mendapat RM5,000 sahaja yang diterima melalui seorang lagi rakan mereka.

Jika benar penemuan bahan galian itu maka ianya adalah anugerah Allah kepada penduduk Felcra Sri Makmur walau pun mungkin bahagian yang mampu dicapai ialah sebagai buruh kasar atau jaga sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl