Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Tuesday, May 3, 2011

Status Lot Tapak Rumah Peserta Felcra Sri Makmur

Beberapa hari lepas penulis ada berbual-bual dengan seorang anak kepada peserta Felcra Sri Makmur Peringkat Dua. Umurnya lengkungan hujung 20han atau awal 30han.

Perbualan kami berkisar mengenai perkara-perkara yang bekaitan dengan Felcra Sri Makmur, termasuklah mengenai projek ternakan lembu oleh koperasi, penemuan bijih besi dan lain-lain.

Antara perkara yang menarik perhatian penulis ialah pertanyaan anak muda itu kepada penulis samada penulis tahu mengenai status tanah tapak rumah bagi peserta Felcra Sri Makmur telah diberi geran hakmilik atau belum oleh kerajaan.

Penulis menjelaskan bahawa penulis tidak ada maklumat mengenai perkara itu. Bagaimana pun bagi peserta daripada Perumahan Banjir, penulis amat pasti geran hakmilik telah dikeluarkan bagi mereka yang telah selesai membayar premium kepada Pentadbir tanah Daerah Pekan.

Geran hakmilik untuk Perumahan banjir ini telah lama diperolehi. Jika tidak salah ingatan penulis ianya dikeluarkan pada 30hb Disember 1985 iaitu 25 tahun dahulu!

Kurniaan geran hakimilik bagi Perumahan Banjir dikeluarkan sebaik sahaja peserta selesai membayar harga lot tanah dan rumah kepada LKPP - Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang iaitu agensi yang menyediakan semua prasarana dan juga rumah bagi Perumahan Banjir Felcra Sri Makmur.

Pembayaran secara individu ini memudahkan pengurusan pengeluaran geran hakmilik, berbanding dengan peserta Felcra yang menggunapakai sistem saham.

Bagi satu lot tanah tapak rumah bersekali dengan satu unit rumah Peserta Banjir berharga RM2,500.00 (ringgit malaysia: dua ribu lima ratus sahaja) dengan kadar bayaran bulanan minimum sebanyak RM15.00/bulan.

Sungguhpun bayaran bulananya serendah RM15.00, ada juga peserta yang tidak dapat menepati masa dan bilangan untuk membayarnya. Maklumlah pada masa itu semua peserta hanya bergantung kepada upah bekerja diladang Felcra Peringkat Satu atau Peringkat Dua atau di Tapak Semaian dengan kadar upah RM2.50/sehari bagi kerja biasa manakala bagi yang bekerja menyembur racun rumpai pula upah hariannya ialah RM3.50/hari.

Malah ada yang langsung tidak membayarnya dengan kepercayaan bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan kerana projek ini adalah projek kerajaan. Namun begitu tanggapan tersebut ternyata salah apabila pada tahun 1983, pehak pengurusan LKPP telah mengeluarkan amaran untuk menarik balik lot-lot yang gagal menjelaskan bayaran ansuran. Beberapa peserta yang berkenaan telah menerima surat amaran tersebut.

Hasilnya maka semua peserta telah berusaha menyelesaikan tunggakan dan juga ansuran semasa. Dengan sebab itu, mulai pertengahan tahun 1984, sudah ada peserta yang menyelesaikan bayaran ansuran. Sebagai membuktikan komitmennya, LKPP terus mengurniakan geran hakmilik kepada peserta.

Bagi peserta Felcra samada Peringkat Satu Atau Dua, penulis tidak ada maklumat mengenai kaedah bayaran, jumlah harga dan tempuh yang dikenakan oleh Felcra kepada peserta.

Samada kos perumahan itu dikira berasingan atau dirangkum (lumpsum) sekali dengan kos pembangunan ladang, tidaklah penulis ketahui.

Bagaimana pun berdasarkan kos semasa waktu itu dan juga perbandingan dengan kos yang dikenakan oleh LKPP kepada Peserta Perumahan Banjir, sewajarnya harganya sepatutnya tidak jauh berbeza, kerana saiz lotnya sama. Yang berbeza sedikit ialah bentuk rumah dan siaznya sahaja. Sungguh pun begitu perbezaan itu tidak melebehi 30% pada tanggapan penulis.

Nilai kos satu unit rumah Peserta Felcra tidak mungkin melebehi RM10,000 pada tanggapan penulis kerana LKPP hanya mengenakan kos sebanyakRM2,500.00 sahaja bagi satu unit. Manakala kemudahan infra struktur pula seperti jalan dan bekalan air adalah gran daripada kerajaan negeri.

Katalah harga satu unit lot rumah Peserta Felcra bernilai RM10,000.00. Jika setiap peserta dikenakan potongan sebanyak RM30.00/bulan, bermakna setiap satu tahun peserta membayar sebanyak RM360.00. Sepuluh tahun jumlahnya RM3,600.00 dan dua puluh tahun jumlahnya 7,200.00. Ini bermakna bayaran akan selesai setelah 27 tahun 7 bulan dari tarikh bayaran pertama dimulakan.

Pada hemat penulis, pengeluaran hasil getah Peringkat Satu bermula pada tahun 1978. Daripada tahun 1978 hingga tahun 2011 ini jumlahnya ialah 33 tahun. Ditolak 4 tahun tempuh tanpa hasil apabila ladang ditanam semula, tempuh berhasil keseluruhannya ialah 29 tahun. Perbezaan dengan Peringkat Dua tidaklah jauh berbeza, mungkin dalam jarak dua tahun sahaja.

Jika perkiraan penulis itu tepat dari segi jumlah kos harga rumah dan kadar potongan bayaran bulanan, maka sepatutnya bayaran harga lot rumah untuk kedua-dua peringkat Felcra Sri Makmur telah pun selesai dan sepatutnya telah mendapat geran hakmilik masing-masing, empat atau lima tahun dahulu iaitu sekitar tahun 2006.

Sekali lagi penulis menyatakan bahawa penulis tidak pasti samada Felcra mengasingkan akaun lot rumah dengan ladang atau merangkumkan dalam satu akaun pembayaran sahahaj.

Untuk kepastian, peserta hendaklah mengambil inisiatif supaya Felcra membentangkan penyata akaun yang lengkap, semasa dan benar bagi mengetahui status hutang lot rumah dan hutang ladang masing-masing. Gunakanlah platform seperti mesyuarat JKKP atau mesyuarat agung tahunan bagi meminta Felcra membentangkan penyata akaun berkenaan.

Generasi anak-anak peserta perlulah mengambil inisiatif ini bagi pehak ibu bapa mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl