Ada seorang sahabat hantar text kepada saya. Dia menyatakan dia tidak faham mengapa saya menentang penyenaraian felda fgv. Adakah saya tidak suka peneroka felda dapat durian runtuh?
Saya memilih untuk tidak menjawab beliau.
Sebab utama, saya memikirkan ini suatu silap mata beberapa orang untuk mendapat wang runtuh. Berapa ramai peneroka felda boleh beli blok blok saham itu nanti? Kenapa jika ada jalan yang direct untuk buat duit, kita memandai mandai nak buat duit cara indirect? Cara direct yang saya maksudkan ialah peneroka tanam sawit dan jual sawit kepada Felda Holdings pada harga yang baik. Dan mereka akan lebih untung jika buat macam Air Asia mahukan- harga input semua murah. Jika AA mahukan cukai airport di turunkan supaya kos input rendah- peneroka yang rata rata nya Melayu mahukan kos input seperti baja, perkakas, jentera, barangan dan perkhidmatan semua murah. Bukan kah cara yang demikian menguntungkan para peneroka directly? Tidak perlu trick sana dan trick sini.
Kita dah bosan dengan IPO ni.
Yang mendapat laba ialah mereka yang mengetahui terlebih dahulu, Felda mahu di senaraikan. Taruh dan bubuh lah apa sahaja syarat- moratorium kah, atau apa apa- tipu muslihat oleh pegawai tinggi felda akan tetap berlaku. Jadi, apa makna nya penyenaraian tersebut? Ianya suatu alasan untuk suatu kumpulan orang membuat wang yang banyak. Itu objection kita yang pertama.
Apa akan jadi apabila penyenaraian berlaku?
Yang terjadi ialah konsentrasi kuasa pada satu orang iaitu Isa Samad. Ini kita kena tentang. Isa Samad pengerusi Felda. Dia pengerusi Felda Holdings. Dia jadi pulak pengerusi KPFB. Dan tentu dia nak jadi pengerusi FGV. Berapa banyak daa…. teruskan bacaan anda di sini >>
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago