Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, January 5, 2012

BANTUAN ZAKAT KAWASAN-KAWASAN FELCRA NEGERI PAHANG

Bersempena dengan Majlis Penghargaan Jawatankuasa Peserta-Peserta Felcra Berhad Pahang pada 30 November 2011 bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengagihkan bantuan zakat kepada kawasan-kawasan Felcra yang memerlukan bantuan sebanyak RM189,500.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua MUIP kepada wakil-wakil jawatankuasa peserta yang hadir ke majlis tersebut. Antara jenis-jenis bantuan yang diluluskan oleh MUIP ialah:



FELCRA TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

Felcra Berhad Wilayah Pahang telah menyerahkan zakat perniagaan berakhir tahun 2010 berjumlah RM282,054 kepada PKZ Pahang sempena dengan Majlis Penghargaan Jawatankuasa Peserta-Peserta Felcra dan Penyerahan Zakat di Hotel MS Garden, Kuantan pada 30 November 2011.

Felcra Berhad Pahang mula membayar zakat perniagaan mereka sejak tahun 2006 dengan amaun sebanyak RM224,626.76. Berikut adalah rekod bayaran zakat perniagaan Felcra Wilayah Pahang.

Pengurus Besar Wilayah FELCRA Pahang Berhad menyerahkan zakat perniagaan kepada TYDP MUIP sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl