KAMPUNG GAJAH - “Tidak pernah wujud istilah tanah generasi kedua Felcra, sebaliknya ia merupakan tanah milik Kerajaan Negeri yang diluluskan untuk projek perumahan bagi mengatasi masalah anak-anak peserta Felcra seperti telah dimaklumkan kepada mereka dalam sesi temu duga sebelum ini”.
Tegas Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika memberikan maklum balas beliau terhadap keluhan generasi ke dua Felcra yang dilaporkan dalam Sinar Harian pada 18 November lalu.
Beliau menjelaskan, Projek Perumahan Generasi Kedua Felcra yang sedang dibangunkan kini sebenarnya telah dipersetujui sendiri oleh anak-anak peserta Felcra dalam sesi temu duga pada tahun 2006 hingga 2007 bagi tujuan ini.
Katanya, mereka yang menimbulkan dakwaan berkenaan tanah generasi kedua dianggap telah melanggar perjanjian yang telah dibuat sewaktu sesi temu duga.
“Saya sendiri merupakan antara beberapa panel penemu duga sewaktu sesi berkenaan dan mereka sebenarnya telah bersetuju dengan projek ini serta kita telah jelaskan, kita bukan memberi tanah lot kosong sebaliknya tanah lot yang siap dibina sebuah rumah.
“Kita terima 3,000 permohonan waktu itu serta telah kita panggil untuk temu duga dan telah bersetuju, sekali gus terpilih untuk menerima rumah-rumah yang sedang dalam proses pembinaan,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Tajuddin berkata, projek berkenaan bukan hanya untuk menyelesaikan masalah anak-anak peneroka tanpa penempatan tetap, bahkan untuk menyelesaikan masalah orang ramai yang menghadapi masalah sama.
Sehubungan itu, katanya, projek berkenaan tidak hanya menumpukan kepada kelompok anak-anak peneroka Felcra, malahan kepada penduduk lain bagi membina sebuah struktur masyarakat dinamis.
“Untuk usaha ini, kita telah berusaha mendapatkan 160 hektar tanah yang pada asalnya diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai tapak perindustrian.
“Kerana sedar ramai anak peserta menghadapi masalah penempatan, saya sendiri telah berjumpa dengan PKNP dan memohon agar tanah itu dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan tapak perumahan kampung tersusun” katanya.
Dakwa beliau, mungkin ada pihak luar yang cuba menimbulkan kekecohan menggunakan isu itu dengan tujuan memberi gambaran buruk kepadanya selaku wakil rakyat, Pengerusi Felcra dan wakil pihak kerajaan.
“Tidak ada persatuan generasi kedua di sini dan jika betul dakwaan mereka, saya mahu tahu, adakah persatuan ini didaftarkan dan berapa nombor pendaftarannya?
“Saya mengesyaki, pihak terlibat adalah dari kalangan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan diri,” katanya.
Ulasan:
Asal ada saja masaalah, salahkan pembangkang.
Berak sembelit pun salahkan pembangkang
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
10 hours ago