PAHANG 3 Nov: Selepas beberapa hari peneroka Felda Gugusan Chini membuat keputusan menyaman Felda, sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang pula menyatakan hasrat yang sama.
Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka berkenaan bakal memfailkan saman terhadap isu penyelewengan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG)- antara isu utama yang membelenggu peneroka Felda seluruh negara.
“Jawatankuasa bertindak tersebut akan menjalankan tugas untuk mengumpulkan peneroka-peneroka Gugusan Kota Gelanggi dan akan melantik peguam yang akan mewakili mereka,” kata Suhaimi di dalam blognya, Lubokkawah.blogspot.com.
Suhaimi berkata, jawatankuasa bertindak yang dilantik akan turut memfailkan saman bagi mendapatkan geran tanah mereka yang tertangguh sehingga 15 tahun.
Menurut Suhaimi, peneroka terbabit juga menyuarakan kebimbangan terhadap isu Felda Plantation yang dicagarkan kepada Felda Global Ventures- sebuah anak syarikat Felda yang mengalami kerugian akibat pelaburan.
Mereka bimbang semua tanah rancangan Felda yang masih belum dikeluarkan geran tanah akan turut dimangsakan oleh Felda untuk membuat pelaburan yang tidak memberi manfaat kepada peneroka.
Jelasnya, peneroka berkenaan juga bimbang tindakan Felda mencagarkan Felda Plantation untuk tujuan pelaburan akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah tersebut kepada Generasi ke-2 dan ke-3 peneroka.
Selain itu, katanya peneroka Felda yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda dan Felda Technoplant dilanda hutang yang sangat tinggi selepas 6 hingga 8 tahun daripada tempoh mula-mula ladang mereka ditanam.
“Dari tinjauan yang dibuat mereka menanggung hutang sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00 di dalam tempoh itu,” kata Suhaimi.
Sebelum ini, Felda berdepan saman daripada peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.
September lalu, seramai 550 peneroka Felda Bera, Pahang memfailkan saman ke atas Felda sebanyak RM300 juta berhubung dakwaan penipuan oleh Felda- juga membabitkan isu KPG.
Terbesar setakat ini ialah saman yang difailkan oleh seramai 1056 peneroka di Jengka Pahang dengan jumlah sebanyak RM510 juta.
Ulasan:
Mak aiiii......
Bulan November saja dah dua tiga gugusan Felda yang penerokanya mengambil tindakan mengemukakan saman terhadap Felda berkait dengan penipuan peratus perahan minyak sawit.
Setiap satu saman, jumlahnya lebih kurang RM200 juta dan kebarangkalian peneroka memenangi kes amat-amat tinggi kerana saman yang dikemukakan berpaksikan data-data teknikal yang sukar dinafikan......
Agak-agaknya betul la Felda ni akan bengkrap kalau fenomena saman-menyaman ni berterusan.Tidak payah banyak la... katakan ada 30 kes saman yang purata setiap satu bernilai 200juta yang akan membawa jumlah 6 bilion!!!!
Sedangkan untuk meneruskan operasi sekarang ini pun Felda dah terpaksa berhutang wang KWSP sebanyak 6 bilion.....mana nak cekau duit nak bayar semua saman-saman neh.......
Nak senang cerita...isytihar saja felda ni bangkrap, so tak perlulah nak bayar apa-apa lagi termasuk saman....!!!!!!