KUALA LUMPUR, 5 Dis: Selepas berhadapan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka.
Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said, tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG), lapor KeadilanDaily.
“Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG.
“Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan.
Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli Umno yang sedar akan hak mereka.
“Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.
Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli Umno.
“Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda,” kata beliau.
Ulasan:
Waddduuuhhhh..............!!!!
Ini lubuk PM neh.........
dah semakin hampir dah ni.......makin lama makin bertambah banyak Felda kena saman......
Kalau lah satu saman bernilai 200 juta RM, 10 saman dah mencecah 2 bilion. Nampaknya dengan menggunakan isu kadar perahan minyak ni, semua peneroka layak menyaman Felda.
Akhirnya apa akan jadi kepada Felda kelak????