Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, December 22, 2011

Homestay Felcra Sri Makmur

Alhamdulillah, selepas saya membuat posting berkaitan topik homestay Felcra Sri Makmur yang tidak disokong oleh tindakan promosi pada 27 Januari 2011 lepas, beberapa minggu ini saya dapati telah dibangunkan satu laman web yang mempromosikan industri ini.

Setakat ini saya mendapati ada tiga laman web yang menyediakan maklumat berkenaan homestay ini.

Saya percaya satu daripadanya dibangunkan oleh seseorang yang ada hubungan dengan pengusaha dan satu lagi laman profesional yang telah lama wujud.

Saya juga telah meletakkan link Homestay Felcra Sri Makmur yang saya yakin dibangunkan oleh anak tempatan di blog ini.

Selain daripada dua laman web itu, satu lagi laman web beroriantasikan pengiklanan yang mempunyai trafik yang tinggi iaitu Mudah.my turut meletakkan iklan mempromosikan Homestay Felcra Sri Makmur.

Saya ingin memberi pandangan terhadap ketiga-tiga laman ini dengan harapan boleh membantu sedikit sebanyak mempertingkatkan lagi pemasaran perusahaan ini.

Pertama sekali saya ingin memberi pandangan kepada Laman Homestay Felcra Sri makmur:

1. Ranking di google search - Pada pertama kali saya membuat carian menggunakan kata kunci 'Homestay Felcra Sri Makmur' kira-kira tiga minggu dahulu, ranking laman ini berada di tangga kelima dan tidak ada laman lain sepertinya selain daripada blog Felcra Sri Makmur yang memperkatakan mengenai projek homestay Felcra Sri Makmur; berada di tangga kedua.

Pada hari ini, 22 Disember, 2011 ranking laman telah turun ketangga ke 6. Tangga pertama dan kedua dibolot oleh 'Homestay Felcra Sri Makmur | Go2Homestay', tangga ke tiga oleh laman 'Felcra Sri makmur Blog' dan tangga keempat oleh laman 'www.mudah.my' manakala laman info desa berada diatas Laman Homestay Felcra Sri makmur.

Mengenai ranking di enjin carian ini amat penting diberi perhatian supaya seboleh-bolehnya berada di tiga tangga teratas dalam page pertama supaya mudah dikesan oleh bakal pelanggan.

2. Mengenai paparan content blog pula saya dapati peta lokasi tidak disediakan.
Saya percaya bakal pelanggan amat perlukan peta lokasi bagi melihat dimana kedudukan Felcra Sri Makmur. Instrumen yang disediakan hanya memaparkan jarak daripada mana lokasi bakal pelanggan apabila dimasukkan maklumat.

Pada saya maklumat ini tidak cukup. Saya mencadangkan diletakkan plan lokasi yang boleh diadaptasi daripada google map yang boleh menunjukkan kedudukan Felcra Sri Makmur daripada point mana sahaja. Ianya lengkap akan memaparkan laluan lama, lebuhraya LPT, laluan daripada Kuantan/Kuala Lumpur via LPT atau laluan lama samada melalui Kampung Pelak atau Sri Jaya atau Serengkam.

Keduanya elok juga diletakkan gambar foto papantanda homestay yang disediakan oleh kerajaan di simpang-simpang jalan masuk, ke paparan muka utama blog.

Walau pun ada disediakan key plan pada kotak carian, tetapi ia hanya memaparkan maklumat berkaitan bandar Maran, bukan Felcra Sri makmur.

3. Mengenai Pakej - saya pikir harga yang dinyatakan sebanyak RM250.00 agak tinggi dan juga tidak lengkap. Tidak dinyatakan harga itu untuk satu bilik atau satu buah rumah.

Sepanjang yang saya tahu kadar harga satu unit homestay rumah dua tingkat di bandar Kuantan, juga RM250.00 dengan empat bilik tidur, bilik tidur utama dilengkapkan dengan penyaman udara manakala bilik lain kipas angin. Sebuah peti TV dan bahagian dapur pula lengkap disediakan peralatan untuk memasak. Di ruang tamu pula disediakan sofa dan pemilik pula sedia membekalkan bantal tambahan kira-kira 10 ke 20 buah.

Manakala di bandar Pekan pula semuanya homestay rumah satu tingkat dengan kemudahan yang sama disediakan.

Apa yang saya lihat maklumat dalam paparan ini tidak lengkap dan adakah gambar yang disediakan dan maklumat sisi itu benar atau hanya gambar dan maklumat hiasan sahaja?

4. Senarai Aktiviti - Segmen ini juga tidak lengkap dimana lokasi nadi pelancongan di kawasan ini tidak di senaraikan iaitu Tasek Chini.

Saya cadangkan bagi setiap senarai aktiviti disediakan maklumat yang lebih lanjut seperti jarak lokasi dengan Felcra Sri Makmur serta satu dua keping gambar aktiviti berkenaan.

Dengan adanya gambar-gambar tersebut, pelanggan akan merasa tertarik sejak daripada rumah lagi untuk menyertai aktiviti tersebut dan boleh manjadualkan masa mereka.

Untuk lebih baik lagi kalau ada produk tempatan, boleh dipromosikan sekali.

5. Bagi segmen tempahan pula saya ingin mencadangkan bagi setiap tempahan hendaklah dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM50.00 sebagai tanda kesungguhan bakal pelanggan. Kaedah ini telah diamalkan oleh hampir semua pengusaha homestay.

Bagi Laman G2 to Homstay saya tidak perlu beri ulasan kerana lama ini merupakan rangkaian yang sudah establish. Hanya satu rumah sahaja dipaparkan dan gambarnya pun bukan bangunan sebenar.

Manakala maklumat yang tertera dalam laman Mudah.my menawarkan bayaran serendah RM30.00 hingga RM80.00 sahaja. Laman Mudah.My ini adalah tapak untuk iklan dimana pautan sebenar iklan ini datangnya daripada http://homestaysrimakmur.blogspot.com/.

Dalam blog ini di bahagian bawah muka utamanya saya dapati menggunakan layout Laman Homestay Felcra Sri makmur.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian bahawa blog ini menawarkan kadar sewaan yang jauh lebih murah tetapi menggunakan layout laman Laman Homestay Felcra Sri makmur yang menawarkan kadar harga yang jauh lebih tinggi.

Sesuatu perlu dirundingkan atau disemak semula diantara kedua-dua webmaster laman dan blog ini supaya butiran yang di promosi tidak bercanggah, padahal peserta yang menyertai program ini adalah orang sama, tidak mengelirukan bakal pelanggan yang merujuk kepada laman Mudah.my.

Saya harap pandangan ikhlas ini dapat diterima untuk mempertingkatkan lagi promosiprogram Homestay Felcra Sri makmur.

wassalam.....

kancil3@hotmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl