Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Sunday, October 9, 2011

Kes Saman Felcra Air Piau 1 & 2: Penduduk diarah masuk afidavit penyampaian

9 Oktober, 2011 - Mahkamah Tinggi di Kota Baharu menetapkan 23 Okt bagi 55 penduduk dari Kampung Air Piau 1 dan Air Piau 2, Tanah Merah, yang menyaman Felcra Berhad berhubung tanah yang telah diusahakan mereka, untuk memasukkan afidavit penyampaian termasuk urusan saman dalam kamar kepada Felcra Berhad.

Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Mohd Nasir Abdullah berkata perkara itu diputuskan oleh Hakim Azman Abdullah pada prosiding pengurusan kes saman itu yang berlangsung di dalam kamar hari ini.

"Pihak kami juga hari ini telah diarah untuk memfailkan pembelaan terhadap tuntutan balas oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mengatakan 55 plaintif telah menceroboh tanah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Pada 25 Sept lepas, 55 penduduk berkenaan memfailkan saman terhadap Felcra Berhad dan kerajaan negeri Kelantan yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua bagi tuntutan ganti rugi bersabit penyerahan tanah seluas 184 hektar yang telah diusahakan mereka oleh Felcra Berhad kepada pihak kerajaan Kelantan.

Mereka turut menamakan tiga pihak yang lain sebagai defendan berikutnya iaitu PMBK, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Jajahan Tanah Merah.

Mohd Nasir berkata kecuali Felcra Berhad, kesemua defendan yang lain telah memfailkan pembelaan masing-masing.

Dalam pernyataan tuntutan penduduk terbabit, mereka menuntut kesemua defendan membayar ganti rugi am, faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan relif yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Penduduk berkenaan juga menuntut agar mereka diberikan kelulusan untuk memiliki hartanah seluas 2.4 hektar setiap seorang sebagaimana yang pada awalnya tanah itu telah diusahakan mereka pada 1979 sebelum diserahkan kepada Felcra Berhad bagi mengusahakan tanah berkenaan.

Menurut kesemua plaintif, tanah itu telah diteroka oleh mereka pada awal 1979 sewaktu Kelantan diperintah Barisan Nasional namun pada 2007, defendan kedua telah mengambil alih tanah berkenaan dan diletak hak kepada defendan ketiga tanpa sebarang perundingan dengan kesemua plaintif.

Tindakan itu disifatkan kesemua plaintif sebagai penafian mutlak terhadap usaha mereka mengusahakan tanah itu sebelum ini atau telah gagal dan cuai mengambil kira kewujudan plaintif sejak 1979.

Defendan kedua sehingga kelima diwakili Penasihat Undang-undang Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim.

sumber: www.malaysiakini.com


SAMAN BALAS OLEH PMBK

PMBK tuntut RM1.8 juta tanah diceroboh peneroka

KOTA BHARU, 9 Okt: Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menuntut kehilangan hasil dan kerugian berjumlah RM1.8 juta terhadap peneroka yang menceroboh tanah miliknya di Air Piau 1 dan Air Piau 2, Tanah Merah.

Dalam afidavit pembelaan PMBK menyebut pencerobohan dan kacau ganggu dilakukan plaintif menyebabkan pihaknya mengalami kerugian akibat tidak dapat mengutip hasil.

Selain itu terpaksa menanggung beban kos gaji pekerja-pekerja ladang yang sudah diikat kontrak bekerja.

PMBK merupakan defendan ketiga dalam tuntutan saman 55 peneroka Air Piau 1 dan Air Piau 2 terhadap empat lagi pihak iaitu Felcra Bhd, kerajaan negeri, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan pentadbir Tanah Jajahan Tanah Merah.

Pada writ saman yang difailkan pada 20 September lalu peneroka terbabit yang diketuai Mat Che Pa, 58 menuntut diberi kelulusan memiliki tanah seluas enam ekar setiap seorang.

Selain itu ganti rugi am, faedah 8 peratus atas segala kos dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung semua plaintif.

Kesemua plaintif diwakili peguam Mohd Nasir Abdullah daripada Tetuan Mohd Nasir dan Mohd Haizal.

Manakala peguam Hisham Fauzi mewakili PMBK dan Penasihat Undang-Undang Negeri mewakili defendan kedua, keempat dan kelima. Bagaimanapun tiada peguam mewakili Felcra.

Pengurusan kes tersebut didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Nariman Badruddin.

Dalam writ saman plaintif mendakwa mengusahakan tanah di Air Piau 1 dan Air Piau 2 atas persetujuan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mustapha Yaacob sekitar tahun 1980-an.

Plaintif menyebut defendan pertama telah berurusan dengan peserta-peserta projek Air Piau 1 dan Air Piau 2 supaya menyerah projek terbabit untuk dimajukan dan akan menyerah kembali kepada peserta selepas kos pembiayaan projek mencapai pulangan modal.

Disebut juga pada 2007 defendan kedua mengambil alih projek Air Piau 1 dan Air Piau 2 daripada defenda pertama dan diberi hak kepada PMBK.

Plaintif juga mendakwa dinafikan usaha secara total dan penyerahan tanah tersebut oleh Felcra kepada kerajaan negeri sebagai satu penafian terhadap usaha mereka.

PMBK mendapat surat hak milik ke atas tanah tersebut pada Ogos lalu.

Hisham berkata, anak guamnya turut memohon perintah mahkamah supaya plaintif atau agen-agennya mnghentikan segala kacau ganggu dan pencerobohan ke tanah milik defendan ketiga di Mukim Sokor, Tanah Merah.

”Selain itu ganti rugi sebanyak RM1.8 juta akibat kerugian dialami defendan bermula Mac hingga September lalu kerana pekerja ladang tidak dapat melaksanakan kerja,” katanya ditemui di sini.

Turut juga dituntut ganti rugi am akibat kesusahan serta kerugian yang ditanggung ekoran pencerobohan dan kacau ganggu plaintif.

Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Oktober ini bagi pengurusan kes berkenaan.

Hadir sama di mahkamah hari ini sebahagian besar peneroka terbabit, difahamkan mereka datang dengan bas yang ditaja khas pihak tertentu.

sumber: Harakah online


VERSI ENGLISH

Court Sets Oct 23 For Residents' Additional Affidavit Against Felcra


KOTA BAHARU, Oct 9 (Bernama) -- The High Court here fixed Oct 23 for 55 residents in Kampung Air Piau 1 and Air Piau 2, Tanah Merah, to submit an additional affidavit in their compensation suit against Felcra Berhad if the latter has not filed its counter claim.

Justice Azman Abdullah made the decision in chambers during the case management proceeding today.

Felcra Berhad and the state government were named as the first and second defendants, respectively, in the suit filed by the plaintiffs on Sept 25. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), State Lands and Mines director, and Tanah Jajahan Tanah Merah administrator are the third, fourth and fifth defendants, respectively.

The plaintiffs' counsel Mohd Nasir Abdullah told Bernama all the defendants except for Felcra Berhad had filed their defence.

According to him, the plaintiffs, on the other hand, had been ordered to file their defence against the counter claim by the PMBK which contended that the residents had encroached on the land.

The suit involves 184ha of land which the plaintiffs claimed rightly belongs to them and that the first and second defendants have wrested it without their consent.

The plaintiffs are seeking general damages, at an interest rate of eight per cent per annum, costs and reliefs deemed fit by the court.

They are further asking to be recognised as owners of the property, at 2.4ha per plaintiff by virtue of being the pioneers since 1979.

In their statement of claim, they said they settled on the land and developed it when the Barisan Nasional (BN) was governing the state.

They claimed that in 2007 the second defendant took over the land with the third defendant as the landlord without any prior negotiations with them. They claimed the defendants also failed and were negligent in recognising their existence since 1970 on the land.

Kelantan Legal Advisor Datuk Azlan Abdul Halim represented the second to fifth defendants at the proceeding.

-- BERNAMA


Ulasan:

Intipati kepada kes ini ialah apakah status sebenar 55 orang plaintif tersebut disisi undang-undang.

Selain kes ini, kes di Bukit Tandak, Kelantan juga mempunyai isu yang hampir serupa di mana pehak yang mendakwa diri mereka sebagai peserta Felcra telah mengemukakan saman sejumlah RM100 juta terhadap Felcra.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl