Pada era Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu pada 16 November 1996 beliau telah memujuk peneroka-peneroka Felda Sendayan dan Felda LBJ menerima cadangan PKNNS membeli tanah ladang mereka untuk dimajukan dengan janji mereka diberi pampasan yang besar, tetapi setelah lebih 15 tahun berlalu, dan setelah lebih 70% peneroka asal telah pun meninggal dunia, urusan pembayaran kepada peneroka masih lagi buntu sedangkan tanah mereka telah pun bertukar tangan.
Testimonial Pertama daripada Encik Saparudin Mohd. Yasin (70), Peneroka Felda Sendayan Generasi Pertama menjelaskan, lebih 80 keluarga sebenarnya tidak bersetuju dengan rundingan tertutup antara broker tanah dan JKKK yang juga pemimpin UMNO tempatan.
Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.
“Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), mereka tetap ambil (membeli secara paksaan) dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, itu rompak namanya… perompak itu UMNO.”
“UMNO (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah… dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu dengan harga RM4 sekaki.”
“Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah-tanah lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad Hassan dan Isa Samad telah rompak.”
Beliau mengatakan bahawa 2 ekar tanahnya sudah dibeli semula dengan harga RM34,000 tetapi beliau dihalang mengutip hasil pertanian di tanah Felda milik keluarganya sendiri.
Testimonial kedua daripada Encik Thinshem (54), seorang peneroka Felda Sendayan berbangsa India mendakwa Isa Samad sendiri turun memaksa penduduk di Feldanya menjual tanah, pada tahun 1996.
“Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah tidak naik. Tetapi, apabila PKNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”
“Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.” Beliau juga mencabar untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Adakah Felda itu untuk manfaat rakyat atau kroni-kroni UMNO?
Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda amat untuk sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar dengan mudah sahaja dapat memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.
Testimonial ketiga daripada Hj. Mokhtar Maidin (82) dari Felda LBJ pula menyifatkan Isa Samad dan Mohamad Hassan sebagai pengkhianat rakyat.
Beliau yang juga bekas pemimpin UMNO tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa Samad.
Beliau juga menasihatkan rakyat agar menolak Isa Samad kerana Isa Samad ialah seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni UMNO.
Beliau menyeru orang-orang Melayu meninggalkan UMNO kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.
Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian seluruh warga Felda menaruh rasa curiga terhadap Isa.
Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas menjadi Pengerusi Felda menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.
Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.
Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa Samad yang dipalitkan rasuah.
Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat.
Berikut adalah dokumen yang menunjukkan tanah peneroka Felda Sendayan (dan juga Felda LBJ, Sungai Buaya di Hulu Selangor dan Felda Felda Chahaya baru Johor) diambil oelh PKNNS:
Walau pun aduan kepada BPR (SPRM sekarang ini) namun kita tidak mendengar sebarang siasatan dan tindakan saman diambil terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.
Bersandarkan realiti yang menimpa lebih 3,000 peneroka Felda Sendayan, Felda LBJ, Felda Sungai Buaya dan Felda Chahaya Baru, tidak mustahil tragedi seumpamanya berulang lagi, malah kali ini lebih teruk kerana melibatkan seluruh warga Felda dalam negara ini, kerana orang yang sama yang menjadi penggerak kes Felda Sendayan dan Felda LBJ merupakan pengerusi Felda yang sedang giat memujuk peneroka Felda menyerahkan aset Koperasi Peserta Felda dan juga Felda Plantation untuk di gadaikan kepada FGVH.
******************************
Isa dituntut selesai 'hutang' dengan peneroka Felda
TELOK KEMANG, 7 Okt: Tan Sri Isa Samad perlu melunaskan "hutang" dengan peneroka Felda Senayan dan LBJ.
Masalah yang menimpa peneroka-peneroka ini bermula semasa Isa menjawat jawatan menteri besar dan masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.
Salah seorang peneroka terbabit, R Thangam yang hadir di sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang di sini mengecam keras bekas menteri besar terbabit yang didakwa bertanggungjawab dalam kes ini.
Menurutnya lagi, pada tahun 1996, pihak kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran kepada peneroka Felda tersebut.
R Thangam juga mendakwa bahawa walaupun laporan dibuat kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu, namun semuanya menemui jalan buntu.
Dalam perjanjian tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberi 2 ekar tanah pertanian yang bernilai RM348,500 dalam pakej yang disewrtakan dengan sebuah rumah.
Pihak PKNNS juga berjanji akan membayar seluruh amaun tersebut.
Peneroka pada walnya telah dijanjikan tanah lot dan 2 ekar tanah pertanian, namun disebabkan kemerosotan ekonomi pada ketika itu, perlaksanaan pembelian tersebut dianggap gagal.
Justeru itu, pihak kerajaan negeri mula memajakkan tanah tersebut kepada Syarikat ZNB Enterprise tanpa pengetahuan mereka.
Namun rancangan kerajaan negeri baharu di bawah Datuk Mohd Hassan juga menampakkan penyelewengan apabila rekod menunjukkan Syarikat Tanah Datar yang dipajakkan telah dibatal pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Syarikat.
Menurut R Thangam lagi, perkara tersebut juga telah dilaporkan ke Biro Pengaduan Awam Putrajaya pada Jun 2008.
Seorang lagi peneroka, Saparudin Mohd Yasin juga mendakwa bahawa pihaknya juga telah dibohongi oleh kedua pimpinan itu.
Menurutnya, segala keputusan pada waktu itu ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) pada waktu itu.
Saparudin menjelaskan bahawa perkara itu masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.
Mereka juga mengatakan bahawa pihak menteri besar sengaja tidak mahu bertemu untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Felda LBJ yang telah dijual kepada Tabung Haji oleh PKNNS kini dinamakan Bandar Enstek.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago