Felcra Berhad menyasarkan untuk mendapat perolehan RM1 bilion tahun ini, berbanding RM900 juta pada tahun lalu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan penambahan perolehan itu, ia dapat membantu meningkatkan pendapatan 90,000 peserta di seluruh negara.
Katanya, Felcra juga merancang menambah 10,000 peserta lagi tahun ini.
"Selain menambah perolehan Felcra, kerajaan akan melakukan transformasi luar bandar dengan membawa pelbagai kemajuan dan memadatkan penduduk kampung.
"Para peserta akan mendapat pelbagai manfaat dan mempunyai pendapatan yang baik," katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bersama Pemimpin di Rancangan Felcra Tembeling Tengah dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Ibrahim Muhamad (kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Juzilman Basir; Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abul Razak.
Menurut beliau, Felcra juga akan menubuhkan Tabung Permodalan Peserta Felcra bagi menguruskan kewangan peserta dengan lebih baik untuk menambah pendapatan mereka.
Tambahnya, jika berlaku kegawatan ekonomi pada masa depan, dana daripada tabung itu dapat meringankan bebanan keluarga para peserta.
Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan peruntukan RM120 juta bagi membina jalan fasa pertama menghubungkan Kampung Tuit di sini hingga ke Kampung Pagi.
Pembinaan jalan itu membabitkan jalan sejauh 28 kilometer yang bermula sejak April tahun lalu dan dijangka siap penghujung tahun ini.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
10 hours ago