Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, January 13, 2012

Pakatan akan batalkan penyenaraian Felda Global sebaik tawan Putrajaya

January 14, 2012

ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika mereka menguasai persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua biro PKR Felda and Orang Asal Suhaimi Said memberitahu konvensyen PR di sini penyenaraian tersebut bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah persekutuan Felda yang bermaksud peneroka-peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah mereka.

“(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham,” tambahnya.

FGVH, bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian tersebut dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.

Tetapi cadangan telah ditentang pembangkang daripada Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan terhadap 200,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas — kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiar antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.

sumber: themalaysianinsider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl