Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, December 12, 2011

Felda Semakin Kusut - Usaha singkir bos Felda, demo esok

Dis 12, 2011 - Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkritik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.

NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.

"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.

Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.

Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.

azlanSementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha menyingkirkan Zulkifli.

Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.

"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil.

Pemuda PAS anggap keruhkan keadaan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS menyelar arahan bercuti itu atas alasan ia tidak kena pada tempatnya memandangkan keadaan Felda yang didakwa amat kritikal dan memerlukan komitmen pengarah besarnya.

"Pemuda PAS berpendapat, konflik peringkat tertinggi dalaman Felda amat kronik dan memerlukan penyelesaian segera. Arahan bercuti ini seolah-olah membenarkan wujudnya konflik dalaman yang semakin kuat melanda," kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Al Hiss.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Raja Ahmad mendakwa wujud budaya cantas mencantas akibat oleh pihak tertentu yang tidak senang terhadap Dzulkifli.

"Sepatutnya kes ini diselesaikan secara baik dan berhikmah, bukannya secara politik.

"Mencutikan Datuk Dzulkifli Wahab dari tugasnya akan mengeruhkan keadaan kerana mungkin ada pihak lain pula mengambil kesempatan pula ‘membalas dendam’ bagi pihak beliau," tambahnya.

sumber: Malaysiakini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl