Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, December 5, 2011

200 Peneroka Gugusan Kerteh saman Felda

PETALING JAYA: Kira-kira 200 peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun akan memfailkan saman mereka terhadap agensi kerajaan itu pada bulan Julai ini bagi menuntut dikembalikan wang caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 seorang.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memfailkan saman itu pada bulan depan bagi menuntut wang caruman itu yang sehingga sekarang ini belum dibayar balik.

“Peguam kami sedang merangka proses untuk memfailkan saman tersebut,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Ini merupakan kes pertama peneroka di Terengganu menyaman Felda.

Menurut Mazlan, beberapa kawasan Felda lain akan menyaman Felda di negeri itu berhubung kes yang sama.

“Kita telah mengadakan pertemuan dengan Felda supaya membayar balik wang tersebut tetapi mereka mungkir janji. Saya yakin, peneroka akan menang dalam kes ini berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu,” katanya.

Peneroka ditindas

Kata, Mazlan, berdasarkan keputusan mahkamah terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan, mahkamah memberi kemenangan kepada pihak peneroka dan mereka dibayar sebanyak RM30,000 setiap seorang.

“Tuntutan bukan hanya soal kewangan tetapi sebagai satu pembelaan terhadap peneroka yang telah ditindas oleh Felda,” tambahnya.

Beberapa saman terhadap Felda sebelum ini telah dimenangi oleh peneroka termasuk di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tidak dapat dihubungi bagi mengulas saman oleh peneroka Felda Kerteh tersebut.

Ulasan:

Kawan dah letih dah nak ulas....

Kome baca sendirilah........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl