IPOH – August 15, 2011 - Sebanyak 19,800 peserta Felcra di Perak akan menerima dividen berjumlah RM8 juta yang akan mula dibayar minggu depan, kata Pengerusi Felcra Berhad Datuk Tajuddin Rahman.
Beliau berkata pembayaran itu merupakan dividen keempat bagi pendapatan tahun 2010.
“Felcra memang membuat pembayaran sebanyak empat kali setahun kepada peneroka dan peneroka akan menerima di antara RM2,000 hingga RM3,000 dalam pembayaran terakhir bagi pendapatan tahun 2010 ini.
“Bagi negeri lain pula, kami sedang membuat pengiraan dan akan mengumumkan jumlah dividen itu selepas mesyuarat lembaga pengarah pada 23 Ogos ini serta interim dividen bagi pendapatan tahun 2011,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program “Shopping Raya” Felcra Berhad bersama Wanita Umno Perak di sebuah kompleks membeli belah di sini Khamis.
Pada majlis itu seramai 130 anak yatim dan 55 warga emas miskin dan uzur dibawa membeli-belah serta menerima sumbangan belanja keperluan Ramadan dan Hari Raya.
Tajuddin berkata pembayaran dividen tahun ini dijangka meningkat ekoran penambahan perolehan semasa berbanding tahun lepas.
Beliau berkata lembaga pengarah Felcra memutuskan pembayaran dividen interim dibayar kepada semua peneroka berikutan prestasi baik dan perolehan yang meningkat itu.
Sementara itu Ketua Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim berkata Wanita Umno Perak sentiasa memberi perhatian kepada golongan kurang berkemampuan terutama menjelang musim perayaan. – BERNAMA
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
11 hours ago