4 Ogos 2011 - Seramai 65 peserta Peringkat Satu Felcra Sri makmur menerima dividen saham daripada lot tanah dusun.
ADUN Pulau Manis, Khairuddin bin Mahmud menyampaikan dividen tersebut kepada peserta berkenaan.
"Saya harap wang dividen ini digunakan sebaik mungkin khususnya untuk perbelanjaan menjelang Aidil Fitri nanti."
Pembayaran dividen itu turut diterima oleh peserta Orang Asli seramai 19 orang.
Baki seramai 107 peserta lagi sedang dalam proses pertimbangan pehak berkuasa negeri untuk diputuskan.
Sementara itu bagi seramai 160 generasi kedua yang memohon tapak rumah juga sedang menunggu proses pengagihan dan perlaksaaan yang sedang diusahakan oleh peha Felcra Berhad.
Kedua-dua kumpulan ini diharap bersabar menunggu usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh pehak kerajaan untuk memenuhi hasrat mereka.