Lanjutan daripada entri diatas bahagian 1 dan bahagian 2, penulis dapati ada beberapa komen yang datangnya mungkin daripada anak-anak peserta Felcra Sri Makmur.
Maka ternyata isu lot tapak rumah ini walau pun isu lama, ianya masih membelenggu minda peserta Peringkat Satu dan Peringkat 2.
Dalam perbualan secara tidak langsung penulis dengan anak peserta Peringkat Pertama, mendapati anak muda ini ada mengambil tahu mengenai perkara ini. Beliau ada menyatakan harga rumah termasuk tapaknya, seperti difahamkan oleh kakitangan Felcra kepadanya, ialah sebanyak RM3,000 bagi satu uint/lot. Samada angka ini benar atau sebaliknya, tidaklah dapat penulis sahkan. Hanya pehak berkuasa Felcra yang dapat mengesahkan.
Walaubagaimana pun, dalam perbualan dengan pemuda itu, ada pendirian yang berbeza diambil oleh anak-anak peserta ini terhadap status hakmilik tapak rumah. Ada golongan yang mahukan penyelesaian dibuat dengan seberapa cepat yang boleh kerana sudah ramai peserta yang telah meninggal dunia dan masaalah penentuan pewaris yang mana berhak keatas tapak rumah itu tidak dapat diputuskan.
Pada masa ini apa yang boleh diuruskan ialah bersandarkan permaufakatan antara sesama pewaris menentukan pembahagian hak masing-masing keatas saham ladang (mungkin termasuk tapak rumah) semasa meguruskan harta pusaka melalui keputusan bicara harta pusaka yang dikendalikan di Pejabat Tanah.
Satu golongan lagi mengambil pendekatan tidak kisah dengan apa yang berlaku. Alasannya bila ada hakmilik, akan menimbulkan kesukaran untuk memilih siapa dikalangan pewaris yang patut mendapatkannya. Golongan ini berpendapat, sebahagian besar adik-beradik atau semuanya memang memerlukan rumah kerana mereka sendiri masing-masing tidak ada rumah. Jadi bila ada geran hakmilik, hanya seorang sahaja yang akan memiliki rumah. Pastinya yang lain-lain itu akan berkecil hati. Oleh itu biarlah tidak ada geran kerana dengan tidak ada geran hakmilik, semua sekali dapat berkongsi hak keatas lot rumah itu.
Walau apa pun pandangan kedua-dua golongan ini, pehak berkenaan perlulah memandang isu ini melalui kacamata rasional dimana setiap lot akhirnya perlulah dikeluarkan hakmilik.
Penulis percaya, pehak pengurusan Felcra sedar masaalah yang dihadapi oleh generasi anak-anak peserta Felcra Sri Makmur ini. Dengan sebab itulah sebahagian daripada Peringkat Tiga Felcra Sri Makmur telah pun dianugerahkan kepada anak-anak peserta menjadi peserta baru dengan kadar luas setiap lot 4 ekar bagi setiap orang yang berjaya.
Felcra juga sedang merangka program khusus untuk membina rumah kediaman untuk generasi ini. Satu kertas kerja telah pun disempurnakan dan difahamkan baru-baru ini satu temuduga pemilihan calon-calon untuk projek ini telah pun diadakan di Felcra Sri Makmur.
Penulis berharap usaha Felcra mengadakan projek perumahan khusus untuk generasi kedua dapat dipercepatkan bagi membantu mengatasi masaalah tempat kediaman yang ternyata serius di rancangan ini. Pada masa ini rumah untuk disewa pun sangat-sangat terhad. Bahkan Felcra kawasan sendiri membantu dengan cara menyewakan kuatersnya yang kosong kepada anak-anak peserta yang amat memerlukan rumah kediaman.
Penulis juga berharap kepada pehak pengurusan Felcra supaya mempertingkatkan infomasi mengenai program-program yang melibatkan generasi kedua supaya mereka tahu bahawa golongan mereka tidak dipinggirkan.
Penulis tahu blog ini juga dijengok oleh pegawai-pegawai Felcra dari ibu pejabat dan mereka tentu menemui komen-komen daripada pelawat-pelawat.
Adalah baik pehak Felcra meluangkan sedikit masa untuk memberi penjelasan supaya semua pehak mendapat info dari pehak yang betul.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
10 hours ago