PEKAN 30 Jun 2009– Kerajaan tidak pernah mengamalkan sebarang pendekatan yang membezakan terutamanya dari segi pendapatan peneroka Felcra dengan peneroka Felda, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peneroka Felcra bagaimanapun perlu menyedari bahawa perbezaan pendapatan sebenarnya terjadi kerana keluasan tanah yang dimiliki oleh mereka berbeza dengan peneroka di Felda.
‘‘Ini apa yang dikatakan orang sebagai serupa tetapi tidak sama, saiz (tanah) tidak sama, maka pendapatan kita juga tidak sama,” katanya ketika berucap pada Program Ilmu dan Muafakat di Felcra Sri Makmur di sini hari ini.
Najib berkata, peneroka Felda mempunyai tanah kira-kira 10 ekar tetapi peneroka Felcra hanya empat atau enam ekar.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk semua pihak dan berusaha ke arah membantu mereka.
Dalam majlis itu juga Datuk Sri Najib menerima beberapa perkara yang membelenggu peserta Felcra Sri Makmur antara nya:
- Memohon penyelesaian pemilikan tanah lot dusun seluas 0.75 ekar bagi setiap peserta Peringkat Satu dan Peserta Banjir yang telah berlarutan sejak tahun 1972 lagi.
- Mohon pertimbangan untuk membaik pulih masjid.
- Mohon menambah bilik darjah sekolah kebangsaan Sri Makmur.
Sebelum menamatkan ucpananya Datuk SriNajib meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk kerja baikpulih masjid manakala isu-isu yang lain akan dibawa ke jabatan berkenaan untuk diambil tindakan.
Dalam majlis itu juga disampaikan cenderahati untuk bekas Ketua Kampung iaitu Pak ItamMat Yunus dan juga seorang penggerak utama penubuhan Kampung Sri Makmur iaitu Tuan Haji Mahusin bin Mat Taib sebagai menghargai jasa bakti yang telah mereka sumbangkan.
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku di Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Sehingga 29 November Ini
-
*KUALA LUMPUR:* Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan,
Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia ...
12 hours ago