Sekumpulan
500 anggota masyarakat Orang Asli Pahang yang berhimpun di Wisma Sri
Pahang, Kuantan hari ini berjaya menyerahkan memorandum berhubung
pewartaan tanah milik mereka kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan
Yaakob.
Wakil Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris berkata, wakil kumpulan tersebut juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Adnan dan juga anggota exco kerajaan negeri bagi membincangkan tuntutan terbabit.
"Kita berkumpul selama setengah jam di Wisma Sri Pahang dan kemudian menteri besar sampai. Kita beri memorandum pada dia. Dia kata ada tuntutan yang munasabah. Ada satu, dua yang tak. Tapi dia tak jelaskan yang mana.
"Kami juga diberi makan oleh mereka. Dan sekarang sedang berkumpul di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) untuk tahu keputusan hasil mesyuarat dengan menteri besar," kata Shafie ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Shafie, kumpulan tersebut mula berkumpul pada jam 10.30 pagi di Padang MPK2, sebelum berarak ke pejabat wisma yang menempatkan pejabat menteri besar.
Semasa berarak, mereka turut membawa sepanduk bertulis "Iktiraf tanah adat Orang Asli", "Batalkan rizab yang bertindih dengan tanah Orang Asli" dan "Kami bukan pendatang", katanya.
Memorandum lapan perkara
Mereka juga melaungkan slogan "Hidup Orang Asli" dan "Hidup rakyat" sebelum ketibaan Adnan setengah jam kemudian, tambahnya.
Memorandum lapan perkara itu antara lainnya menggariskan tuntutan supaya kerajaan negeri Pahang mengiktiraf tanah adat serta menarik balik lesen kepada kontraktor yang melakukan kerja di atas tanah tersebut.
Masyarakat itu juga menuntut supaya kerajaan menghentikan segala kegiatan yang dijalankan ke atas tanah mereka serta menarik balik lesen kontraktor yang kini sedang menjalankan kerja pengukuran tanah tersebut.
Mereka juga mahu kerajaan membuat agihan semua ke atas kawasan rizab yang didakwa bertindih di antara kawasan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi mengiktiraf kawasan milik golongan tersebut.
Memorandum itu juga menyebut, kerajaan perlu memansuhkan dua peruntukan dalam Akta Orang Asli 1954 berhubung kawasan dan rizab yang diperuntukkan untuk masyarakat tersebut.
Seksyen 6(3) dan 7(3) Akta 134 ini memberi kuasa kepada menteri untuk membatalkan mana-mana pengisytiharan kawasan orang Asli atau rizab orang Asli pada bila-bila masa tanpa perbincangan dan perundingan.
Memorandum itu seterusnya menuntut kerajaan memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang disifatkan "tidak membawa apa apa manafaat kepada masyarakat Orang Asli".
sumber: www.malaysiakini.comWakil Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris berkata, wakil kumpulan tersebut juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Adnan dan juga anggota exco kerajaan negeri bagi membincangkan tuntutan terbabit.
"Kita berkumpul selama setengah jam di Wisma Sri Pahang dan kemudian menteri besar sampai. Kita beri memorandum pada dia. Dia kata ada tuntutan yang munasabah. Ada satu, dua yang tak. Tapi dia tak jelaskan yang mana.
"Kami juga diberi makan oleh mereka. Dan sekarang sedang berkumpul di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) untuk tahu keputusan hasil mesyuarat dengan menteri besar," kata Shafie ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Shafie, kumpulan tersebut mula berkumpul pada jam 10.30 pagi di Padang MPK2, sebelum berarak ke pejabat wisma yang menempatkan pejabat menteri besar.
Semasa berarak, mereka turut membawa sepanduk bertulis "Iktiraf tanah adat Orang Asli", "Batalkan rizab yang bertindih dengan tanah Orang Asli" dan "Kami bukan pendatang", katanya.
Memorandum lapan perkara
Mereka juga melaungkan slogan "Hidup Orang Asli" dan "Hidup rakyat" sebelum ketibaan Adnan setengah jam kemudian, tambahnya.
Memorandum lapan perkara itu antara lainnya menggariskan tuntutan supaya kerajaan negeri Pahang mengiktiraf tanah adat serta menarik balik lesen kepada kontraktor yang melakukan kerja di atas tanah tersebut.
Masyarakat itu juga menuntut supaya kerajaan menghentikan segala kegiatan yang dijalankan ke atas tanah mereka serta menarik balik lesen kontraktor yang kini sedang menjalankan kerja pengukuran tanah tersebut.
Mereka juga mahu kerajaan membuat agihan semua ke atas kawasan rizab yang didakwa bertindih di antara kawasan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi mengiktiraf kawasan milik golongan tersebut.
Memorandum itu juga menyebut, kerajaan perlu memansuhkan dua peruntukan dalam Akta Orang Asli 1954 berhubung kawasan dan rizab yang diperuntukkan untuk masyarakat tersebut.
Seksyen 6(3) dan 7(3) Akta 134 ini memberi kuasa kepada menteri untuk membatalkan mana-mana pengisytiharan kawasan orang Asli atau rizab orang Asli pada bila-bila masa tanpa perbincangan dan perundingan.
Memorandum itu seterusnya menuntut kerajaan memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang disifatkan "tidak membawa apa apa manafaat kepada masyarakat Orang Asli".
Ulasan:
Tak habis-habis desak kerajaan batalkan geran tanah milik kaum lain yang kununnya bertindih.
memang kurang hajau....