Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, September 20, 2012

Kaedah Pembajaan Sawit Yang Berkesan

Kaedah pembajaan yang cekap adalah perlu bagi mendapat keputusan yang maksimum samada daripada segi tuaian hasil atau pun pengurusan kos. Kaedah yang ingin dikongsikan adalah sebagaimana dibawah:-

Kaedah ‘task’  
Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja.  Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut.  Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja  tersebut.

Kaedah ‘label’
Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok.  Mandor mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja.  Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandor semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.

Kaedah angkat-masuk 
Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.

Kaedah kereta sorong 
Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.

Kaedah beg plastik 
Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.  Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.

Kaedah ‘spreader’ 
Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik.  Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama.  Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang.

Perkara yang paling penting dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan ialah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat. 

Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan.  Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sbil mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat.  Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.
read more...

Tuesday, September 18, 2012

Kedah tuntut Felcra RM200 juta

ROSLINDA HASHIM
18 September 2012
  Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri.

sumber: Sinarharian
read more...

Sunday, September 16, 2012

Nak Tanya Sikit....

duit tu dari anak syarikat felcra ka atau dari hasil ladang peserta?


read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl