Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Monday, June 13, 2011

Perhilitan Awasi Gajah Ancam Penduduk

MACHANG, 13 Jun 2011 (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang mengawasi sekumpulan gajah yang memusnah dan menakutkan penduduk di beberapa buah kampung terutama di Hutan Simpan Ulu Sat di sini sejak dua minggu lepas.

Renjer Kanan Perhilitan Kelantan, Salehuddin Mohd Yusuf berkata pihaknya menempatkan lapan anggota yang diketuainya di sekitar kampung terbabit bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan kehadiran haiwan liar itu.

"Malam tadi kami dapat mengesan antara lima hingga enam ekor gajah memasuki kampung berhampiran Felcra tetapi pulang semula ke Hutan Simpan Ulu Sat," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Bulan lepas jabatan itu berjaya menangkap seekor gajah jantan seberat 2,500 kilogram dan dihantar ke Taman Negara yang dipercayai berasal dalam kumpulan yang sama.

Salehuddin berkata kumpulan gajah itu kini dikesan masih berkeliaran terutama pada waktu malam di beberapa buah kampung di sekitar Bukit Baka, Cherang Hangus dan Pak Pucuk selain Ulu Sat.

Beliau menasihatkan penduduk agar bertenang kerana haiwan itu tidak akan menyerang jika tidak diganggu dan diancam dan pada masa ini ia tidak menceroboh kawasan perkampungan penduduk.

Katanya kumpulan gajah berkenaan menceroboh kawasan ladang apabila kawasan hutan kediaman tradisi mereka diancam dengan aktiviti pembalakan.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Jaafar, 69, berkata sebahagian kebun nanasnya mengalami kerosakan apabila menjadi laluan gajah itu sejak lima hari lepas.

Ulasan:

Dari mana kumpulan gajah itu datang?

Hutan Simpan Hulu Sat itu bercantum dengan hutan Hulu Besut Trengganu dan banjaran bukit daripada Bukit Yong, Pasir Putih memanjang ke selatan hingga ke Tasek Kenyir Trengganu.

Mungkinkah kumpulan gajah tersebut datang daripada kawasan hutan Kenyir dan terbabas hingga ke hujung banjaran bukit yang berakhir di Bukit Yang?

Sebelum ini belum pernah di rekodkan kawasan Bukit Baka ada gajah liar, melainkan pada zaman Tok Janggut dahulu.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl