Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, October 7, 2010

Pejabat Felcra Berhad Kena Sita

Berikutan kegagalan Felcra Berhad mematuhi perintah mahkamah, pejabat agensi itu di Johor Bharu telah dikenakan perintah sita. Akhbar Sinar Harian melapurkan.

JOHOR BAHRU –6 Oktober 2010: Ekoran gagal membayar ganti rugi RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10 Januari lalu, pejabat Felcra Berhad wilayah Johor yang terletak di Bandar Baru Uda, disita.

Notis penyitaan telah diserahkan kepada wakil kakitangan jabatan berkenaan di pejabat Felcra negeri semalam.

Peguam yang mewakili 38 penduduk, K. Sasidran berkata, penyitaan terpaksa dilakukan berikutan kegagalan membayar nilai ganti rugi sehingga sekarang meningkat RM11 juta.

“Mahkamah telah mengarahkan Felcra Berhad membayar ganti rugi sejak bulan Mei lalu, namun pihak Felcra gagal membuat bayaran terhadap 38 penduduk yang terlibat.

“Semua barang di bangunan berkenaan tidak boleh dikeluarkan dan kita juga telah menyediakan dua orang pegawai keselamatan untuk mengawal di sekitar pejabat berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Felcra negeri.

Sasindran berkata, pihaknya memberi tempoh selama 14 hari dari tarikh penyitaan untuk Felcra Berhad menjelaskan bayaran ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, sekira pihak Felcra Berhad gagal membayar ganti rugi berkenaan tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan lanjut akan diambil ke atas Felcra Berhad sekiranya pihaknya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi, termasuklah melelong bangunan dan mengisytiharkan bankrap".

“Kita telah memberi tempoh 48 jam kepada Felcra Berhad untuk memberi penjelasan kepada kami namun gagal.” katanya.

Tambahnya, ketika ingin menyerahkan notis penyitaan, pihaknya turut sukar untuk membuat perundingan berikutan ketiadaan pengarah agensi terbabit.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Felcra Berhad membayar RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi sebagai ganti rugi bagi pengambilan tanah mereka di Gelang Patah untuk tujuan pembangunan pada tahun 1999.

Sementara itu, wakil penduduk berkenaan, Madon Johan, 55, berkata, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan kedegilan pihak terbabit membayar ganti rugi berkenaan.

“Penduduk terpaksa menunggu lama dan setelah dibicarakan, kita menang kes ini tetapi pihak berkenaan gagal membayar dalam tempoh yang diberikan maka tindakan telah diambil,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk hanya menunggu keputusan dari peguam sekiranya pihak Felcra gagal membuat bayaran dalam tempoh 14 hari pada tarikh penyitaan bangunan.


sumber: www.sinarharian.com.my


Macam mana boleh jadi begini?

Setelah hampir 40 tahun, Felcra diurus dengan baik tetapi dibawah pengurusan sekarang ini Felcra menghadapi masaalah aliran tunai yang teruk sehingga tidak mampu membayar gantirugi yang berjumlah tidak sampai pun 7 juta!!!!

----------------------------------------


Sementara itu pada 5 Oktober 2010, Felcra telah menyerahkan sumbangan pendidikan kepada Kolej TAJ sebanyak RM1 juta.

Difahamkan kolej tersebut dimiliki oleh Tajudin Abdul Rahman iaiut Pengerusi Felcra Berhad. Replika cek bernilai RM1 juta itu disampaikan oleh Tan SriMuhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada majlis hari terbuka itu.

HARI TERBUKA FELCRA Berhad 2010

Monday 04/10/2010

Dengan salam penuh hormat, adalah dimaklumkan bahawa FELCRA Berhad akan mengadakan Hari Terbuka FELCRA Berhad 2010 yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada:

Hari/Tarikh: Selasa, 5 Oktober 2010

Masa : 2.00 petang

Tempat : Tapak Perumahan Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak.


PROGRAM

2.00 pm Warga FELCRA Berhad Mengambil Tempat
2.15 pm Ketibaan Tetamu Jemputan
2.40 pm Ketibaan Y.B. Pengerusi FELCRA Berhad
2.45 pm Ketibaan Y.B. Menteri KKLW
2.50 pm Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Perak
3.00 pm Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
Paluan Kompang & Perarakan Bunga Manggar
Silat “Selamat Datang”
Koir
~Negaraku
~FELCRA Maju Ke Era Baru
~Selamat Hari Raya
Tarian “Selamat Datang 1Malaysia”
3.30 pm Bacaan Doa
3.35 pm Ucapan Aluan Y.B. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman,Pengerusi FELCRA Berhad
3.45 pm Ucapan Y.B. Dato' Seri Haji Mohd. Shafie Haji ApdalMenteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
3.55 pm Ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zamry Abd. Kadir,Menteri Besar Perak
4.05 pm Ucapan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia
4.30 pm Lawatan ke Pameran FELCRA Berhad
4.45 pm Upacara Pecah Tanah Tapak Perumahan Generasi Ke-2 FELCRA Berhad Seberang Perak
5.00 pm Jamuan Mesra Bersama
5.30 pm Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Beredar Meninggalkan Majlis

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan.

SUMBER: FELCRA Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Puan Rosidah Mohamed Jusin
TEL : 012-5093989

NAMA : Cik Azliza Mazlina Zahir
TEL : 019-2816288

NAMA : Encik Wan Mhd. Pandi Wan Daud
TEL : : 019-2401427

TARIKH SIARAN: 4 OKTOBER 2010
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

-------------------------------------------------

Nampaknya pihak pengurusan Felcra memberi keutamaan yang salah. Kes mahkamah dibelakangkan sebaliknya ingin mengejar glamour dengan bermurah hati menderma kepada Pengerusi sendiri.

Akibatnya pejabat sendiri kena sita.

Awas sdr Juzilman!!!!

Silap haribulan bangunan ibu pejabat Felcra nanti kena lelong.

Janganlah mencipta sejarah GLC pertama diistihar bengkrap!!!!

read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl