|
Ulasan:
Adoiaaaaa......bila nak habis drama saman menyaman neh.......
|
TEMERLOH, 19 Sept: Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.
Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, lapor Keadilan Daily.
Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.
“Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda,” katanya.
Latheefa Koya menerima borang waran pelantikan peguam dari sekumpulan wakil peneroka Jengka sambil disaksikan Suhaimi Said |
Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, semalam.
Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.
“Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus.
“Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus.
“Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka,” kata Suhaimi.
Ulasan:
Disinilah perlunya pehak pengurusan Felda atau Felcra menjalankan tanggungjawab secara profesional dan jujur.
Seperti yang penulis selalu tekankan bahawa generasi peserta samada Felcra atau Felda yang ada hari ini adalah generasi yang berilmu; paling tidak pun setanding dengan ilmu yang ada pada pegawai Felcra, malah ada yang mencapai Phd pun.
Malah setakat yang penulis tahu, dalam Felcra belum ada yang mencapai Phd. Tahap master tu adalah beberapa orang, termasuklah bekas CEO Datuk Rahman Daud dahulu.
Moralnya, tunaikanlah tanggungjawab dengan jujur, amanah dan profesional supaya pemerosesan gred minyak sawit, yang menjadi nadi pendapatan peserta dapat dicapai sepertimana sewajarnya.
Kita tidak tahulah sejauh mana peserta Felcra Sri Makmur mengambil kisah mengenai kadar peratusan perahan minyak sawit yang dijual oleh Felcra daripada ladang mereka.
Jika berasaskan umur berhasil sawit Peringkat Satu dan Peringkat Dua, kadar perahan patut berada dalam lengkungan tidak kurang 20 peratus.
Mungkin tidak ada yang ambil tahu berapa nilai wang bagi setiap satu peratus perbezaan kadar perahan minyak bagi setiap satu metrik ton BTS.
Jika ingin tahu nilainya dalam bentuk wang, silalah bertanya kepada Eksekutif Ladang, berapa nilai harga bagi setiap satu metrik tan dan dharabkan dengan jumlah pengeluaran hasil bagi sebulan dan setahun.
Sebagai contoh, sila lihat jadual harga BTS yang dikeluarkan oleh MPOB pada 19 September 2011:
CUIT SIKIT!! |
DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK AHLI PARLIMEN PEKAN PERDANA MENTERI Pejabat Perdana Menteri Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Putra Jaya Tel.Pejabat : 03-88884333 Faks : 03-88884333 |
YB. DATO' SRI HJ WAN MOHD RAZALI BIN HJ WAN MAHUSIN SPEAKER DUN PAHANG Wisma Sri Pahang, Blok A, Kuantan Pahang Tel.Pejabat : 09-5126610 Faks : 09-5163495 |
YB KHAIRUDDIN BIN MAHMUD.
ADUN PULAU MANIS NO. 1 Jln Merdeka. Kg. Ketapang Tengah. 26600 Pekan Pahang. Tel: 019 9101333 Pejabat : 09-5383111 Faks : 09-5381112 |
HAJI ABU BAKAR BIN ABDUL KADIR KETUA KG FELCRA SRI MAKMUR No. 68, Rumah Banjir Felcra Sri Makmur, 26030 Pekan Pahang Tel: 019 9255947 |
![]() |
PONDOK POLIS FELCRA SRI MAKMUR Tel: 09-477 9299 |