Sekumpulan 550 orang peneroka gugusan Bera, Pahang memfailkan saman ke  atas Felda hari ini atas dakwaan penipuan yang dilakukan oleh lembaga  berkenaan berhubung bayaran ke atas hasil sawit mereka.
Peguam,  Nasar Khan berkata, peneroka berkenaan tidak berpuas hati dengan  penggredan buah sawit serta kadar perahan minyak yang ditetapkan di tiga  kilang Felda sejak tahun 1995.
"Kita juga kemuka  saman berhubung tandan buah yang ditolak, tapi tetap diproses Felda.  Kemudian dia tidak bayar. Mungkin kualiti buah itu kurang baik tapi  kenapa diproses?
"Maknanya Felda ambil buah itu secara percuma daripada peneroka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Katanya  lagi, peneroka itu dibayar mengikut harga pasaran dunia, tetapi  berdasarkan gred buah yang ditetapkan Felda – biasanya pada kadar 18  hingga 19 peratus.
"Tapi dia tidak telus. Bila kita  hantar ke makmal, makmal kata kadar (perahan minyak) buah itu lebih 25  peratus. Itu (diberitahu) makmal Felda sendiri, bukan makmal luar,"  tambahnya.
Turut dituntut ialah bayaran daripada  hasil isirung sawit, kata Nasar yang menambah bahawa peneroka berkenaan  masih belum dapat menganggarkan berapakan jumlah yang perlu dituntut  daripada Felda.
"Untuk tahun 2008 sahaja, kita  anggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM19 juta," katanya lagi yang  menjelaskan jumlah tuntutan itu mungkin bertambah atau berkurang untuk  setiap tahun sejak 16 tahun lalu.
Jelasnya, peneroka  berkenaan juga memohon supaya Felda menyerahkan dokumen berhubung kiraan  bayaran, harga pasaran serta kuantiti hasil sawit tersebut sejak tahun  2005.
Writ saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini, kata Nasar lagi.
Ulasan:
Adoyaiii.......
Dah berderet-deret dah Felda kena saman.
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 
Kecewa Pemimpin UMNO Dilantik Lembaga Pengarah
                      -
                    
*KUANTAN:* Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan 
Abdullah (UMPSA) kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO 
Pahan...
6 hours ago
 












 
 
 
 
