Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, December 23, 2011

Ahli saman KPF, FGVH mohon injunksi

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 23 Dis: Empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Menurut peguam mereka Mohd Harris Abdullah, beliau meminta disegerakan pengurusan kes tersebut sebelum 5 Januari ini bagi memohon ditangguhkan mesyuarat agung luar biasa itu ke satu tarikh selepas perbicaraan saman ini.

Dalam sidang medianya Harris berkata, defendan kedua (FGVH) tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk membolehkan penyenaraian ke Bursa Malaysia oleh yang demikian Felda Holding Berhad (FHB) akan memberi pajakan selama 99 tahun ke atas tanah seluas 360,067 hektar iaitu Felda Plantations.

“Walau bagaimanapun tanah-tanah tersebut telah dimajukan dengan menggunakan wang peneroka. FGVH juga bercadang untuk mengambil alih keseluruhan ekuiti milik KPF dan 10 anak syarikat yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.13 bilion.

“Bagi tujuan melupuskan ekuiti 10 anak syarikat KPF satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas akan diadakan pada 5 Januari depan. Mesyuarat yang dijadualkan itu tidak mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF sebab itu empat ahli KPF selaku plaintif hari ini memohon injunksi,” katanya.

Turut memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong serta kira-kira 300 peneroka Felda.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, isu paling penting ialah kenapa penyenaraian ke Bursa Malaysia itu menggunakan harta Felda Plantations yang hasrat asal Allahyarham Tun Razak dibuka kepada peneroka.

“Perolehan daripada ladang Plantations pada masa ini sekitar RM2 bilion setahun bagaimana pula mahu dipajak sehingga 99 tahun dan sedangkan prestasi FGVH sendiri sangat buruk dan dalam keadaan kami kenal orang nombor satunya.

“Oleh itu bagi pihak Anak kami tidak akan berdiam diri dan selepas ini akan membuat bantahan sekali lagi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedang beliau tidak layak.

“Demi menyelamatkan harta institusi Melayu dan peneroka ini kami juga sanggup mengumpul rakyat untuk turun menghadap Yang di-Pertuan Agong mohon penyelesaian,” katanya.

Mazlan mahu semua pihak mengenang semula apa jadinya nasib peneroka-peneroka di Felda Sungai Buaya, Sendayan dan Labu Johnson yang kehilangan tanah apabila terlalu ghairah untuk kaya dengan segera.

“Peneroka juga sepatutnya sedar apa yang terjadi kepada syarikat Beras Nasional (Bernas) dan Bank Bumiputera yang lenyap dalam sekelip mata hasil daripada permainan pemimpin politik negara.

sumber: Harakahdaily

read more...

Thursday, December 22, 2011

Homestay Felcra Sri Makmur

Alhamdulillah, selepas saya membuat posting berkaitan topik homestay Felcra Sri Makmur yang tidak disokong oleh tindakan promosi pada 27 Januari 2011 lepas, beberapa minggu ini saya dapati telah dibangunkan satu laman web yang mempromosikan industri ini.

Setakat ini saya mendapati ada tiga laman web yang menyediakan maklumat berkenaan homestay ini.

Saya percaya satu daripadanya dibangunkan oleh seseorang yang ada hubungan dengan pengusaha dan satu lagi laman profesional yang telah lama wujud.

Saya juga telah meletakkan link Homestay Felcra Sri Makmur yang saya yakin dibangunkan oleh anak tempatan di blog ini.

Selain daripada dua laman web itu, satu lagi laman web beroriantasikan pengiklanan yang mempunyai trafik yang tinggi iaitu Mudah.my turut meletakkan iklan mempromosikan Homestay Felcra Sri Makmur.

Saya ingin memberi pandangan terhadap ketiga-tiga laman ini dengan harapan boleh membantu sedikit sebanyak mempertingkatkan lagi pemasaran perusahaan ini.

Pertama sekali saya ingin memberi pandangan kepada Laman Homestay Felcra Sri makmur:

1. Ranking di google search - Pada pertama kali saya membuat carian menggunakan kata kunci 'Homestay Felcra Sri Makmur' kira-kira tiga minggu dahulu, ranking laman ini berada di tangga kelima dan tidak ada laman lain sepertinya selain daripada blog Felcra Sri Makmur yang memperkatakan mengenai projek homestay Felcra Sri Makmur; berada di tangga kedua.

Pada hari ini, 22 Disember, 2011 ranking laman telah turun ketangga ke 6. Tangga pertama dan kedua dibolot oleh 'Homestay Felcra Sri Makmur | Go2Homestay', tangga ke tiga oleh laman 'Felcra Sri makmur Blog' dan tangga keempat oleh laman 'www.mudah.my' manakala laman info desa berada diatas Laman Homestay Felcra Sri makmur.

Mengenai ranking di enjin carian ini amat penting diberi perhatian supaya seboleh-bolehnya berada di tiga tangga teratas dalam page pertama supaya mudah dikesan oleh bakal pelanggan.

2. Mengenai paparan content blog pula saya dapati peta lokasi tidak disediakan.
Saya percaya bakal pelanggan amat perlukan peta lokasi bagi melihat dimana kedudukan Felcra Sri Makmur. Instrumen yang disediakan hanya memaparkan jarak daripada mana lokasi bakal pelanggan apabila dimasukkan maklumat.

Pada saya maklumat ini tidak cukup. Saya mencadangkan diletakkan plan lokasi yang boleh diadaptasi daripada google map yang boleh menunjukkan kedudukan Felcra Sri Makmur daripada point mana sahaja. Ianya lengkap akan memaparkan laluan lama, lebuhraya LPT, laluan daripada Kuantan/Kuala Lumpur via LPT atau laluan lama samada melalui Kampung Pelak atau Sri Jaya atau Serengkam.

Keduanya elok juga diletakkan gambar foto papantanda homestay yang disediakan oleh kerajaan di simpang-simpang jalan masuk, ke paparan muka utama blog.

Walau pun ada disediakan key plan pada kotak carian, tetapi ia hanya memaparkan maklumat berkaitan bandar Maran, bukan Felcra Sri makmur.

3. Mengenai Pakej - saya pikir harga yang dinyatakan sebanyak RM250.00 agak tinggi dan juga tidak lengkap. Tidak dinyatakan harga itu untuk satu bilik atau satu buah rumah.

Sepanjang yang saya tahu kadar harga satu unit homestay rumah dua tingkat di bandar Kuantan, juga RM250.00 dengan empat bilik tidur, bilik tidur utama dilengkapkan dengan penyaman udara manakala bilik lain kipas angin. Sebuah peti TV dan bahagian dapur pula lengkap disediakan peralatan untuk memasak. Di ruang tamu pula disediakan sofa dan pemilik pula sedia membekalkan bantal tambahan kira-kira 10 ke 20 buah.

Manakala di bandar Pekan pula semuanya homestay rumah satu tingkat dengan kemudahan yang sama disediakan.

Apa yang saya lihat maklumat dalam paparan ini tidak lengkap dan adakah gambar yang disediakan dan maklumat sisi itu benar atau hanya gambar dan maklumat hiasan sahaja?

4. Senarai Aktiviti - Segmen ini juga tidak lengkap dimana lokasi nadi pelancongan di kawasan ini tidak di senaraikan iaitu Tasek Chini.

Saya cadangkan bagi setiap senarai aktiviti disediakan maklumat yang lebih lanjut seperti jarak lokasi dengan Felcra Sri Makmur serta satu dua keping gambar aktiviti berkenaan.

Dengan adanya gambar-gambar tersebut, pelanggan akan merasa tertarik sejak daripada rumah lagi untuk menyertai aktiviti tersebut dan boleh manjadualkan masa mereka.

Untuk lebih baik lagi kalau ada produk tempatan, boleh dipromosikan sekali.

5. Bagi segmen tempahan pula saya ingin mencadangkan bagi setiap tempahan hendaklah dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM50.00 sebagai tanda kesungguhan bakal pelanggan. Kaedah ini telah diamalkan oleh hampir semua pengusaha homestay.

Bagi Laman G2 to Homstay saya tidak perlu beri ulasan kerana lama ini merupakan rangkaian yang sudah establish. Hanya satu rumah sahaja dipaparkan dan gambarnya pun bukan bangunan sebenar.

Manakala maklumat yang tertera dalam laman Mudah.my menawarkan bayaran serendah RM30.00 hingga RM80.00 sahaja. Laman Mudah.My ini adalah tapak untuk iklan dimana pautan sebenar iklan ini datangnya daripada http://homestaysrimakmur.blogspot.com/.

Dalam blog ini di bahagian bawah muka utamanya saya dapati menggunakan layout Laman Homestay Felcra Sri makmur.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian bahawa blog ini menawarkan kadar sewaan yang jauh lebih murah tetapi menggunakan layout laman Laman Homestay Felcra Sri makmur yang menawarkan kadar harga yang jauh lebih tinggi.

Sesuatu perlu dirundingkan atau disemak semula diantara kedua-dua webmaster laman dan blog ini supaya butiran yang di promosi tidak bercanggah, padahal peserta yang menyertai program ini adalah orang sama, tidak mengelirukan bakal pelanggan yang merujuk kepada laman Mudah.my.

Saya harap pandangan ikhlas ini dapat diterima untuk mempertingkatkan lagi promosiprogram Homestay Felcra Sri makmur.

wassalam.....

kancil3@hotmail.com
read more...

Anak saman KPF, FGVH esok

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.

“Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

“Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion.

“Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.

“Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung.

Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya.

“Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa.

“Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama,” katanya.


sumber: harakahdaily.net
read more...

Wednesday, December 14, 2011

Felda Semakin Kusut - Perkasa Pula Berdemo

'Bersih' Felda: PERKASA ketuai 1,000 berdemo

Dis 15, 2011 - PERKASA hari ini menuntut supaya Felda menjalankan audit dalaman ke atas semua agensi di bawah lembaga berkenaan untuk membersihkan agensi itu daripada "gunting dalam lipatan".

Mereka mendakwa, pihak terbabit antaranya, pengarah besar agensi kerajaan itu, Datuk Zulkifli Wahab.

NONETimbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, tindakan sama juga perlu dijalankan ke atas pegawai berkenaan yang didapati "menghalang usaha transformasi Felda" oleh perdana menteri.

Ditanya sekiranya Zulkifli merupakan individu yang dimaksudkannya sebagai gunting dalam lipatan itu, Abdul Rahman berkata: "Siapa lagi?"

Jika tidak, bagaimanakah pembangkang menerima surat rahsia berhubung tindakan ke atas Zulkifli itu, katanya lagi.

Beliau sebelum itu mengetuai lebih 1,000 orang yang berarak dan berhimpun di hadapan ibu pejabat Felda di Jalan Semarak, hari ini.

Selain anggota PERKASA, turut menyertai perhimpunan itu ialah peserta Felda dan juga anggota Umno.


  • Yob Tualang Sekah · Pengulas Tertinggi · 394 subscribers
    Sepatutnya Perkasa suroh siasat. Baru adil. Bodo piang punya Perkasa!

    • Karca Marba · UPM Serdang
      PERKASA jadi perkosa yang bebal..sikap kamu tak ubah seperti Isa yang mau rembat hak peneroka..kamu bukan perjuangkan hak peneroka tapi kamu perjuangkan hak si isa samad tu..bahalol punya perkosa.
  • Viveka Sri Rajaretinam Armuggan · University of Malaya
    Bersihkan UMNO/BN dulu......
    • Agaknya La ·
      yg nak dibersihkan ialah mrk yg "menghalang usaha transformasi Felda" oleh perdana menteri...'cuci'... yg menghalang felda dr dimasukkan dlm Bursa Saham...

      Adakah PERKASA 'diguna' lg...
    • Yus Ismail
      yang duk berdemo tu hanya budak sekolah je maklumlah cari duit kopi masa cuti sekolah
    • puak2 pekasam brsuara lagi ...bodek jgn tak bodek boss pendek tu ye ....bape hinggit dpt ... kesian pekasam dah tua2 brdemo ..
read more...

PM dituntut jelaskan 'rampasan kuasa' Felda


Dis 14, 2011 - Senator PKR, Syed Husin Ali menuntut perdana menteri menjelaskan "rampasan kuasa" yang berlaku dalam Felda sehingga menyebabkan pengarah besar lembaga tanah itu, Datuk Zulkifli Wahab "digantung" dari tugas.

Beliau mendakwa, rampasan kuasa itu dijalankan melalui tindakan yang melanggar akta koperasi dalam satu mesyuarat lembaga Felda.

"Sepatutnya Zulkifli mesti pengerusikan mesyuarat, dan waktu itu dia tak ada, diadakan juga mesyuarat tanpa dia.

"Kemudian dia diganti," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Mesyuarat pada 25 Ogos itu, yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Felda Berhad, dijalankan ketika Zulkifli sedang melakukan ibadah umrah.

"Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh ketua eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," dakwa Syed Husin lagi yang membacakan satu kenyataan.
sumber: www.malaysiakini.com
read more...

Tuesday, December 13, 2011

ANAK berdemo, tuntut pengarah Felda dikekalkan

Dis 13, 2011 - Sekumpulan 50 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini berhimpun bagi menuntut supaya pengarah besarnya, Datuk Zulkifli Wahab dikekalkan jawatannya.

NONEPengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mengetuai kumpulan itu berkata, tuntutan itu dikemukakan kerana penyingkiran Zulkifli merupakan satu tindakan yang tidak patut.

Sedangkan,katanya, Zulkifli merupakan seorang yang patuh kepada perintah, kata Mazlan kepada wartawan selepas menyampaikan memorandum kumpulan itu kepada seorang pegawai kanan Felda.

Penyingkiran itu dibuat berdasarkan syor daripada pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kepada perdana menteri supaya Zulkifli mengambil cuti untuk belajar, kata Mazlan.

Beliau turut mengedarkan salinan surat Isa kepada perdana menteri bertarikh 21 November berhubung syor berkenaan.

Jelasnya, Zulkifli disingkirkan kerana tidak bekerjasama dengan Isa dalam usaha untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

NONEMazlan juga berkata, sebab itulah keputusan untuk menyenaraikan FGHV ke bursa dibuat oleh satu mesyuarat lembaga Felda pada 25 Ogos lalu, yang tidak dihadiri Zulkifli.

Selain melaungkan slogan "halau Isa" dan "hidup peneroka", kumpulan yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Felda, Jalan Semarak itu turut membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat.

sumber: www.malaysiakini.com
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl