Sedangkan,katanya, Zulkifli merupakan seorang yang patuh kepada perintah, kata Mazlan kepada wartawan selepas menyampaikan memorandum kumpulan itu kepada seorang pegawai kanan Felda.
Penyingkiran itu dibuat berdasarkan syor daripada pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kepada perdana menteri supaya Zulkifli mengambil cuti untuk belajar, kata Mazlan.
Beliau turut mengedarkan salinan surat Isa kepada perdana menteri bertarikh 21 November berhubung syor berkenaan.
Jelasnya, Zulkifli disingkirkan kerana tidak bekerjasama dengan Isa dalam usaha untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.
Selain melaungkan slogan "halau Isa" dan "hidup peneroka", kumpulan yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Felda, Jalan Semarak itu turut membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat.
sumber: www.malaysiakini.com