Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, October 7, 2010

Pejabat Felcra Berhad Kena Sita

Berikutan kegagalan Felcra Berhad mematuhi perintah mahkamah, pejabat agensi itu di Johor Bharu telah dikenakan perintah sita. Akhbar Sinar Harian melapurkan.

JOHOR BAHRU –6 Oktober 2010: Ekoran gagal membayar ganti rugi RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10 Januari lalu, pejabat Felcra Berhad wilayah Johor yang terletak di Bandar Baru Uda, disita.

Notis penyitaan telah diserahkan kepada wakil kakitangan jabatan berkenaan di pejabat Felcra negeri semalam.

Peguam yang mewakili 38 penduduk, K. Sasidran berkata, penyitaan terpaksa dilakukan berikutan kegagalan membayar nilai ganti rugi sehingga sekarang meningkat RM11 juta.

“Mahkamah telah mengarahkan Felcra Berhad membayar ganti rugi sejak bulan Mei lalu, namun pihak Felcra gagal membuat bayaran terhadap 38 penduduk yang terlibat.

“Semua barang di bangunan berkenaan tidak boleh dikeluarkan dan kita juga telah menyediakan dua orang pegawai keselamatan untuk mengawal di sekitar pejabat berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Felcra negeri.

Sasindran berkata, pihaknya memberi tempoh selama 14 hari dari tarikh penyitaan untuk Felcra Berhad menjelaskan bayaran ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, sekira pihak Felcra Berhad gagal membayar ganti rugi berkenaan tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan lanjut akan diambil ke atas Felcra Berhad sekiranya pihaknya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi, termasuklah melelong bangunan dan mengisytiharkan bankrap".

“Kita telah memberi tempoh 48 jam kepada Felcra Berhad untuk memberi penjelasan kepada kami namun gagal.” katanya.

Tambahnya, ketika ingin menyerahkan notis penyitaan, pihaknya turut sukar untuk membuat perundingan berikutan ketiadaan pengarah agensi terbabit.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Felcra Berhad membayar RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi sebagai ganti rugi bagi pengambilan tanah mereka di Gelang Patah untuk tujuan pembangunan pada tahun 1999.

Sementara itu, wakil penduduk berkenaan, Madon Johan, 55, berkata, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan kedegilan pihak terbabit membayar ganti rugi berkenaan.

“Penduduk terpaksa menunggu lama dan setelah dibicarakan, kita menang kes ini tetapi pihak berkenaan gagal membayar dalam tempoh yang diberikan maka tindakan telah diambil,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk hanya menunggu keputusan dari peguam sekiranya pihak Felcra gagal membuat bayaran dalam tempoh 14 hari pada tarikh penyitaan bangunan.


sumber: www.sinarharian.com.my


Macam mana boleh jadi begini?

Setelah hampir 40 tahun, Felcra diurus dengan baik tetapi dibawah pengurusan sekarang ini Felcra menghadapi masaalah aliran tunai yang teruk sehingga tidak mampu membayar gantirugi yang berjumlah tidak sampai pun 7 juta!!!!

----------------------------------------


Sementara itu pada 5 Oktober 2010, Felcra telah menyerahkan sumbangan pendidikan kepada Kolej TAJ sebanyak RM1 juta.

Difahamkan kolej tersebut dimiliki oleh Tajudin Abdul Rahman iaiut Pengerusi Felcra Berhad. Replika cek bernilai RM1 juta itu disampaikan oleh Tan SriMuhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada majlis hari terbuka itu.

HARI TERBUKA FELCRA Berhad 2010

Monday 04/10/2010

Dengan salam penuh hormat, adalah dimaklumkan bahawa FELCRA Berhad akan mengadakan Hari Terbuka FELCRA Berhad 2010 yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada:

Hari/Tarikh: Selasa, 5 Oktober 2010

Masa : 2.00 petang

Tempat : Tapak Perumahan Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak.


PROGRAM

2.00 pm Warga FELCRA Berhad Mengambil Tempat
2.15 pm Ketibaan Tetamu Jemputan
2.40 pm Ketibaan Y.B. Pengerusi FELCRA Berhad
2.45 pm Ketibaan Y.B. Menteri KKLW
2.50 pm Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Perak
3.00 pm Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
Paluan Kompang & Perarakan Bunga Manggar
Silat “Selamat Datang”
Koir
~Negaraku
~FELCRA Maju Ke Era Baru
~Selamat Hari Raya
Tarian “Selamat Datang 1Malaysia”
3.30 pm Bacaan Doa
3.35 pm Ucapan Aluan Y.B. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman,Pengerusi FELCRA Berhad
3.45 pm Ucapan Y.B. Dato' Seri Haji Mohd. Shafie Haji ApdalMenteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
3.55 pm Ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zamry Abd. Kadir,Menteri Besar Perak
4.05 pm Ucapan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia
4.30 pm Lawatan ke Pameran FELCRA Berhad
4.45 pm Upacara Pecah Tanah Tapak Perumahan Generasi Ke-2 FELCRA Berhad Seberang Perak
5.00 pm Jamuan Mesra Bersama
5.30 pm Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Beredar Meninggalkan Majlis

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan.

SUMBER: FELCRA Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Puan Rosidah Mohamed Jusin
TEL : 012-5093989

NAMA : Cik Azliza Mazlina Zahir
TEL : 019-2816288

NAMA : Encik Wan Mhd. Pandi Wan Daud
TEL : : 019-2401427

TARIKH SIARAN: 4 OKTOBER 2010
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

-------------------------------------------------

Nampaknya pihak pengurusan Felcra memberi keutamaan yang salah. Kes mahkamah dibelakangkan sebaliknya ingin mengejar glamour dengan bermurah hati menderma kepada Pengerusi sendiri.

Akibatnya pejabat sendiri kena sita.

Awas sdr Juzilman!!!!

Silap haribulan bangunan ibu pejabat Felcra nanti kena lelong.

Janganlah mencipta sejarah GLC pertama diistihar bengkrap!!!!

read more...

Saturday, August 21, 2010

Penduduk Kampung Belimbing Terima Sumbangan Ramadhan

FELCRA SRI MAKMUR: 20 Ogos 2010 - Seramai 18 orang terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal Kampung Belimbing menerima sumbangan barangan keperluan daripada ADUN Pulau Manis, YB Khairudin Mahmud dalam satu majlis disini hari ini.

Hadhir sama pada majlis itu ialah Speaker DUN Pahang, Datuk Sri Wan Ghazali Mahusin, Penghulu Mukim Penyor Dua, Syeikh Najib dan Pengerusi JKK Felcra Sri Makmur Haji Abu Bakar Kadir.
read more...

Thursday, July 22, 2010

Utusan Malaysia: Pengawal bank mati ditembak perompak, RM20,450 dilarikan

KUALA LUMPUR 26 Okt. 2007 - Seorang pengawal keselamatan mati ditembak oleh seorang perompak yang melarikan wang tunai RM20,450 dari sebuah bank di Taman Muda, Ampang di sini hari ini.

Kamaruzzaman Hussain, 36, yang berasal dari Felcra Sri Makmur, Kuantan, Pahang meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira sejam selepas kejadian pada pukul 9.35 pagi akibat dua das tembakan yang mengenai kepala dan lengan kirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Mazlan Mansor berkata, pengawal itu yang ternampak dengan perompak itu mengacukan pistol automatik kepada seorang kerani di kaunter bank itu cuba menghalang dengan melepaskan tembakan tetapi cubaannya tersasar.

Katanya, perompak itu membalas tembakan tersebut yang tepat mengenai kepala dan lengannya menyebabkan mangsa rebah sebelum suspek melarikan diri dengan wang tunai itu menggunakan motosikal yang diletakkan di depan bank.

Rompakan satu minit 20 saat itu berlaku semasa 12 orang termasuk kakitangan dan pelanggan berada dalam bank itu.

Bagaimanapun, kesemuanya terselamat dari sebarang kecederaan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mazlan berkata, siasatan awal mendapati perompak itu yang berjaket hitam masuk ke bank berkenaan dengan memakai topi keledar berpenutup muka gelap kira-kira pukul 9.35 pagi.

Katanya, suspek yang berumur lingkungan 20an itu kemudiannya terus ke kaunter lalu mengacukan pistol kepada seorang kerani di situ dan kejadian itu dilihat oleh pengawal tersebut dan cuba menghalangnya.

“Mangsa rebah selepas terkena tembakan di kepalanya sebelum suspek melarikan diri bersama wang tersebut dengan menaiki sebuah motosikal,” kata Mazlan.

“Berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui, kita percaya suspek menggunakan pistol jenis automatik manakala mangsa menggunakan `pump gun’ (senapang patah),” kata Mazlan.

Katanya, polis akan menyiasat kes ini dengan merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

read more...

Sunday, July 18, 2010

Wakil Peserta Felcra Sri Makmur Johan Tilawah Wilayah Pahang.

6 Jun, 2010 - Wan Abdul Rashid Wan Mahusin yang mewakili peserta Felcra Sri Makmur muncul sebagai johan qari dalam majlis Tilawah Al Quran peringkat Wilayah Pahang yang dilangsungkan di Felcra Rumpun Makmur, berhampiran pekan Kuala Krau, Temerloh.

Pada majlis itu juga Pengerusi Felcra telah mengumumkan bahawa Felcra akan mengusahakan projek ternakan lembu bagi seluruh projek Felcra.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran Felcra Peringkat Wilayah Pahang yang berlangsung di Kampung Rumpun Makmur dekat Kuala Krau, semalam.

Menurutnya, Felcra telah pun memulakan projek perintis itu di ladangnya di Seberang Perak, Perak yang membabitkan ternakan 800 ekor lembu dan akan ditambah sehingga 2,000 ekor sebelum akhir tahun ini.

Tambahnya, Felcra menjangkakan sekurang-kurangnya 34,000 ekor lembu akan dapat diternak di 17 ladang berkenaan dan akan ditambah sehingga dapat menampung keperluan negara dan juga untuk dieksport.

read more...

Kerajaan tidak bezakan Peneroka Felda dengan Peserta Felcra

PEKAN 30 Jun 2009– Kerajaan tidak pernah mengamalkan sebarang pendekatan yang membezakan terutamanya dari segi pendapatan peneroka Felcra dengan peneroka Felda, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peneroka Felcra bagaimanapun perlu menyedari bahawa perbezaan pendapatan sebenarnya terjadi kerana keluasan tanah yang dimiliki oleh mereka berbeza dengan peneroka di Felda.

‘‘Ini apa yang dikatakan orang sebagai serupa tetapi tidak sama, saiz (tanah) tidak sama, maka pendapatan kita juga tidak sama,” katanya ketika berucap pada Program Ilmu dan Muafakat di Felcra Sri Makmur di sini hari ini.

Najib berkata, peneroka Felda mempunyai tanah kira-kira 10 ekar tetapi peneroka Felcra hanya empat atau enam ekar.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk semua pihak dan berusaha ke arah membantu mereka.

Dalam majlis itu juga Datuk Sri Najib menerima beberapa perkara yang membelenggu peserta Felcra Sri Makmur antara nya:

- Memohon penyelesaian pemilikan tanah lot dusun seluas 0.75 ekar bagi setiap peserta Peringkat Satu dan Peserta Banjir yang telah berlarutan sejak tahun 1972 lagi.

- Mohon pertimbangan untuk membaik pulih masjid.

- Mohon menambah bilik darjah sekolah kebangsaan Sri Makmur.

Sebelum menamatkan ucpananya Datuk SriNajib meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk kerja baikpulih masjid manakala isu-isu yang lain akan dibawa ke jabatan berkenaan untuk diambil tindakan.

Dalam majlis itu juga disampaikan cenderahati untuk bekas Ketua Kampung iaitu Pak ItamMat Yunus dan juga seorang penggerak utama penubuhan Kampung Sri Makmur iaitu Tuan Haji Mahusin bin Mat Taib sebagai menghargai jasa bakti yang telah mereka sumbangkan.
read more...

Wednesday, July 7, 2010

Dapatkan Berita dari Punca yang Berwibawa

Berhubung dengan panggilan temuduga pemilihan peserta Felcra Sri Makmur yang diadakan pada bulan Februari 2010 yang lepas, ada rasa terkilan dikalangan seetengah pihak walau pun pehak itu sendiri dipanggil menghadhiri temuduga tersebut.

Berita harian dalam ruangan surat pembacanya telah menyiarkan komentar. Antara luahan komentar tersebut seperti berikt:

"Apa yang ingin diluahkan rasa ketidakpuasan hati ialah kenapa golongan yang mewah dan berjawatan tinggi dipilih untuk temu duga saham ini seperti yang berjawatan guru, jururawat malah pensyarah sekalipun terpilih.

Kenapa mesti memilih anak-beranak, saudara mara pihak pentadbiran Felcra itu sendiri? Ke mana hak kami yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah? Kenapa ibu tunggal yang menanggung anak malah menoreh getah yang bukan miliknya tidak di panggil untuk ditemuduga.

Ada juga peserta yang sudah dapat di tempat lain tetapi masih lagi dipanggil untuk temu duga saham sawit. Adakah kerana ada pihak pentadbir di sini memilih dan ia haruslah didahulukan anak beranak atau saudara mara? "

Sebagai penjelasan kepada kemusykilan diatas, memang diakui bahawa ada diantara calon yang dipanggil temuduga merupakan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Bagaimana pun untuk makluman semua, pehak jawatan kuasa pemilihan peserta Felcra memutuskan untuk memanggil semua pemohon yang mengisi borang permohonan untuk hadhir temuduga.

Walau bagaimana pun, keputusan muktamad akan dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pehak kerajaan. Dengan itu hadhir temuduga semata-mata tidak menjamin mereka itu pasti dipilih.

Bagi generasi kedua anak-anak peserta yang sedia ada, pemilihan mereka menjadi peserta telah pun dilaksanakan beberapa tahun dahulu untuk mengisi kekosongan di Felcra Sri makmur Peringkat Tiga.

Sungguh pun begitu memang ada yang masih belum terpilih lagi tetapi jika mereka tidak mengisi borang permohonan menjadi peserta, maka mereka tidaklah dapat dipanggil untuk menghadhiri temuduga.

Sekiranya ada kemusykilan mengenai perkara ini, silalah berhubung dengan pejabat Felcra Sri Makmur yang ada berhampiran rumah tuan-tuan, atau bertanyalah dengan Ketua kampung atau ahli jawatan kuasa kampung Sri makmur, berhubuglah dengan Umno cawangan Felcra Sri Makmur untuk mendapat fakta sebenar. Elakkanlah mereka cipta tohmahan yang tidak berasas.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl